Tuesday 14 February 2012

Babb Seterusnyaa :) Main Main Cinta - 3 , 4 , 5

BAB 3: MAIN – MAIN CINTA..

Amani hanya menelaah buku di kamar tidurnya pada hari cuti ini.Terasa bosan pula tiada aktiviti pada hari cuti ini.Mila pulang ke kampong bersama ahli keluarganya kerana menziarahi nenek nya yang sakit.Tinggallah dia keseorangan dalam rumahnya..papa and mama pula tiada di rumah.Aish!makin bosan dibuatnya. ‘apalah bosan sangat nie?hurm..’ tiba-tiba handset nya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas diterimanya dari ‘seseorang’,tapi Amani tidak tahu ‘seseorang’ itu siapakah gerangannya apabila di skrin handset nya hanya tersiar nombor seseorang sahaja. ‘aik?sapelah gerangan seseorang nie?misteri gayanya..’desis hatinya.
          ‘hai amani..tengah buat apa tu?sorrylah kalau Shah gangu..’
‘Huh?Shah?who there?tak kenal pun orang yang bernama Shah…ish!misteri bonar orang nie..’Lalu Amani tetap juga membalasnya pesanan itu kepada ‘shah’katanya.
       ‘hai!x buat pape..study sahaja!siapa yee gerangan orang disana?’
Lalu di hantarkan pesanan yang sudah ditaipkan ke gerangan ‘shah’ itu.Tidak lama itu satu pesanan di terima olehnya dari ‘shah’ itu.Terus butang ‘open’ ditekannya.
       ‘ouhh..erm..xkan xkenal saya nie teman rapat awk kat sekolah?awk msti kenallah..hehe’
       ‘siapa??’janganlah main2 saya xskelah org yg main2 nie..’
      ‘lah..jgnlah marah..okay2 saya bagitahu..saya Shahrul Naim lah..knl dah?’
     ‘lah…awk!! Ish!! Yg pakai nama Shah tu apa pasal?mna tak marah,ntah siapa2 msej saya..gne name Shah lagilah saya tak tahu’
    ‘hehe..awk tgah btpe tu?tak bosan ke?’
   ‘erm..bosanlah juga..knpe?nak ajk date ke?hehe’
  ‘hurm..bleh jgk kalo org tu sudi..hehehe’
  ‘hehee..gatal!nak ajk ank dara kluar,tapi boleh saja aslkn tak langgar batas2 agma sudah! J nak ajk kluar pergi mna??’
   ‘yelah..tu saya tahulah cik akak comel! J adalah SECRET! Huhu..pkl 2 saya amik awk taw! Siaplah…okaylah bye see u later..salam’
  ‘okay bye..wslm’
Selepas menghantar pesanan kepada Naim..Amani terus menuju ke bilik air untuk membasahkan dirinya untuk keluar berdua dengan Naim lelaki yang sudah mengetuk pintu hatinya itu. ‘andailah Naim tahu yang dirinya sudah mendapat tempat dalam hatinya..hehe’ getus Amani.
      ‘adoii!nak pakai baju apa ye?takkan kurung kot! Huhu..’ selepas penat bermonolog di dalam hatinya.Amani mencapai blouse lengan pendek berwarna putih dan disarungkan jeans berwarna kelabu..lalu dicapai selendang hitam yang disangkutkan di belakang pintu biliknya itu lalu disarung di kepalanya.Wajahnya pula disapukan bedak compact jenama ‘silky girl’ dan dicalitkan lipstick berwarna pirch!.Selepas selesai mendandan dirinya dan  berpuas hati dengan kerjanya itu akhirnya  dicapai beg tangan bertali panjang kesayangannya itu untuk dibawa bersama.Tidak lama itu Naim sudah sampai di hadapan rumah Amani dengan senyuman yang sentiasa dibibir ‘seksi’nya itu.Naim segak dengan memakai T-shirt polo berwarna kelabu dikenakan dengan jaket hitam dan jeans berwarna hitam.Rambutnya digayakan stail David Becham iaitu ‘pacak’! rambut kegilaan aku tu..huhu makin sayanglah dengan Naim macam ini.. J Amani bermonolog lagi.

Mereka berjalan-jalan di sekitar shopping complex di SOGO itu.Naim membawanya merayau-rayau satu SOGO untuk mencuci mata dengan barang-barang yang dijual disitu.Tiba-tiba Naim menarik tangannya untuk menuju ke salah satu kedai menjual barangan berkaca.Kami berdua memasuki kedai itu dengan perasaan yang sukar ditafsirkan oleh Amani. ‘aik?kenapa Naim bawa aku kesini?dahlah barangan semuanya dari kaca.’getusnya.
   “hurm..kenapa termenung tu?”soal Naim prihatin tentang dirinya.
   “err..takada papa..sahaja je..erm,kenapa masuk dekat kedai nie?nak beli sesuatu ke?”soal Amani pula kepada Naim yang hanya memerhatikan setiap barangan yang berada di kedai itu dengan khusyuk.
   “sahaja!sebenarnya Naim ada hajat taw! So hajat Naim tu Naim nak cari dekat sini.Kot-kot ada ke.”ujar Naim lalu masih menutupkan apakah hajat sebenarnya itu kepada Amani. ‘biarlah Amani tahu sendiri nanti’detiknya.
   “huh?hajat?hajat apa..nak tahu boleh?”soalnya lagi kepada Naim.Naim hanya tersenyum sahaja kepada Amani yang sedang dilanda ‘blur!’
   “secret !!” selepas berkata sebegitu.Naim masih tercari-cari hajatnya kepada Amani di kedai itu dan akhirnya dia sudah jumpa apa yang dicarinya itu.
    “ah! Jumpa pun.. Awk?lawa tak?”
    “ah??err..lawa-lawa..benda tu nak bagi dekat siapa?awek ye?”
    “yup!jum bayar nak.”kata-kata yang keluar dari mulut Naim itu membuatkan satu perasaan yang masuk di dalam hati Amani iaitu..CEMBURU! ‘aku cemburu ke?eh!takadalah..takkan aku cemburu kot!dia bukan pakwe aku pun..sedarlah Amani oii’kata hati Amani berkata.  “amani?jum..kenapa tercegat dekat situ tu..”soal Naim membuatkan Amani tersedar dari berfikiran jauh mengenai Naim itu.
      “cik?boleh tolong balut lawa-lawa ye..”
     “no hal lah..ini mesti nak bagi dekat awek kan??”
     “a,ah..orang istimewa dalam hidup saya..”kata-kata Naim sekali lagi membuatkan hati Amani tersayat dengan rabaknya..’ya allah! Naim sebenarnya sudah berpunya..kenapalah aku baru tahu tentang itu’desisnya di dalam hati.Ntah kenapa air mata Amani sudah bertakung di birai matanya hendak menunggu jatuh sahaja.
    “amani?are u okay?”ujar  Naim hairan melihat sikap Amani yang sedikit pelik sejak tadi. ‘erk?tadi okay sahaja , nie kenapa lain macam saja??erm..pelik-pelik..’desis Naim mulai membisik.
    “huh?err…okay sahaja.Dah selesai belinya??”soal Amani untuk menutup keresahan hatinya yang mulai tidak tentu hala sejak mengetahui lelaki dihadapannya itu sudah mempunyai seseorang di hati padahal..Naim mulai mendapat tempat di hatinya..kenapalah dia cepat sangat jatuh cinta pada Naim tanpa mengetahui adakah Naim masih single atau tidak. ‘ya allah ! sakitnya rasa apabila dilanda kekecewaan seperti ini’ L
    “sudah..awak kenapa?sakit ke?”ujar Naim dengan prihatinnya.
     “taklah..”
    “kalau macam itu jum kita pergi basahkan tekak dulu yee?nak?”soal Naim kepada Amani yang hanya mendiamkan diri sejak tadi.Amani hanya mengikut sahaja langkah Naim yang mendahuluinya.

BAB 4: MAIN-MAIN CINTA..

Amani bagai pengsan di siang hari dan bangun di tengah malam..apabila mengingati peristiwa yang membuat hatinya sungguh gembira dan bahagia,rupa-rupanya…..
           “Amani?boleh saya nyatakan something personal kes tak?dengan awk??”soal Naim sambil mengatur ayat yang sedikit pelik di dengar tetapi maksudnya yang sungguh tersirat.Sudah lama di pendamkan semua ini di dalam hatinya,rasa tidak mampu lagi untuk memendamkan tanpa diluahkan kepada gadis yang sudah lama berada megah di hatinya! Lalu dia menarik nafas senafas yang mungkin untuk menyatakan sesuatu yang penting kepada Amani.
       “err..sebenarnya..saya ingin mee…”belum sempat dia menghabiskan ayat yang terakhir itu apabila kata-katanya itu di cegah oleh Amani sebelum dia sempat berkata-kata.
      “cukup!Naim..saya tahu apa yang ingin awak katakan itu..awak sudah mempunyai gadis pilihan hati awak kan?so?awk nak bagitahu benda tu supaya saya tidak lagi…”kata-katanya berhenti setakat itu apabila air matanya sudah meleleh keluar di pipinya tanpa mampu untuk di ucapkan kata-kata yang terakhir itu.Naim terpinga melihat keadaan Amani yang menangis tersendu-sendu di hadapannya itu.ntah kenapa hatinya bagai sendu melihat keadaan Amani ketika itu.Lalu dikeluarkan sapu tangan miliknya dan di berikan kepada gadis yang telah meragut seluruh hatinya itu.Bagi Amani ntah kenapa dia bagaikan tidak tahan untuk mendengar setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu,rasa macam tercarik-carik hatinya…kalau diketahuinya yang Naim sudah mempunyai gadis yang bertahta dihati lelaki itu.Naim semakin pelik bin ajaib melihat kesedihan di wajah Amani,adakah kata-katanya tadi membuat Amani sesedih seperti ini?padahal belum sempat rahsia di hatinya dinyatakan terus kepada Amani itu.
   “tidak lagi ape Amani?jangan di simpankan di dalam hati..kalau-kalau ada kesilapan yang saya buat kat awak just tell me k.”ujar Naim lembut memujuk gadis idamannya itu.Amani menyeka sisa-sisa air mata di tepi matanya lalu memberanikan diri memandang Naim yang tersenyum manis kepadanya.Terubat jua hatinya melihat senyuman itu tetapi cepat-cepat di hapuskan apabila mengenangkan hadiah dan kata-kata Naim di hadapan penjual tadi.
  “awak sebenarnya dah berpunyakan??tapi kenapa awak masih nak rapat dengan saya kalau di hati awak sudah mempunyai seseorang..awak ingat saya ape Naim??”ujar Amani bernada keras kepada Naim yang terkejut mendengar bait-bait kata yang terluncur dari bibir Amani itu.Sah!Amani sudah salah paham..
   “Amani..sebenarnya awak sudah salah faham..sebenarnya maksud saya tadii…”kata-katanya sekali lagi di potong oleh Amani.
  “sebenarnya apa!”
  “sebenarnya hadiah ini saya belikan untuk awak….Nurul Amani..”lalu hadiah yang dibalutinya oleh penjual itu diberikan kepada Amani yang terkejut apabila melihat hadiah yang dibelikan oleh Naim untuk diberikan kepada seseorang yang special adalah dia?betul ke nie?lalu dicubitkan pahanya untuk membuktikan adakah ianya betul atau khayalannya sahaja.rupa-rupanya semua ini betul!Amani memandang wajah Naim yang tersenyum simpul kepadanya itu.Lalu tangannya perlahan-lahan membuka balutan hadiah yang diberikan oleh Naim kepadanya.Terpukau sebentar Amani melihat kotak muzik irama dihadapannya itu.
  “Amani..sebenarnya..hurm..saya dah lama simpan benda ini dalam hati saya..sekarang saya dah tak tahan lagi untuk menyimpannya yang saya sebenarnya cinta dan sayang kat awak Amani..dari first saya lihat awak hati saya mulai bergetar hebat..setiap hari saya lihat dan bukan maksud saya untuk ekori awak tapi hati nie bagaikan tidak rela jikalau satu hari tidak menatap wajah awak.”bagaikan jatuh di dalam jurang yang dalam tetapi terselamat apabila sang putera menyelamatkannya’itulah yang berlaku padanya..rupa-rupanya gadis special di dalam hidup Shahrul Naim adalah dirinya. ‘ya allah!bagaikan..di alam mimpi,mudah-mudahan hubungan yang kini rasmi akan kekal buat selamanya..Amin..’doanya di dalam hati.Amani tersenyum mesra apabila sekarang dia dan Naim sudah rasmi menjadi pasangan kekasih. J

Pagi di sekolah sungguh membahagiakannya..dari masuk sekolah sampaikanlah di dalam kelas Amani hanya tersenyum bahagia kepada sesiapa yang memandang atau menegurnya.Mila hanya pelik bin ajaib melihat ke’anehan’teman karibnya itu. ‘kenapalah Amani nie?kena sampuk dengan hantu senyum ke dari tadi bibir asyik mengukir sahaja.. tak penat ke ape?’keluh Mila di hati.Pelbagai persoalan berlegar-legar di benaknya.
   “woii!!kau apa pasal minah?dari tadi aku usha kau asyik senyum…aje?dah makin tidak siuman ke huh!”sapa Mila sinis kepada temannya itu yang sedang mengeluarkan buku dari dalam beg sekolahnya.Amani hanya membalas dengan seukir senyuman yang menawan apabila di lihat.Mila jadi naik pening untuk membahas lagi dengan temannya yang sudah ‘tidak siuman’itu. ‘nasiblah dapat kawan macam itu jadinya..’keluh Mila lagi di dalam hati.
    “Amani!ada surat untuk kau..”sapa Venny teman sekelasnya yang berasal dari sabah itu.Amani hanya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan seukir senyuman buat Venny.
    “uit,surat dari siapa tu?wanginya!!”soal Mila menyibuk! Amani hanya diam lalu perlahan-lahan membuka sampul surat berwarna pink itu yang tidak tahu dari siapa gerangan memberinya.

   As’mualaikum..hai sayang!boleh kita jumpa tak petang ini selepas pulang ke rumah??hope sayang sudilah..hehe..i’m waiting for u my dear..
Terkelu Amani dibuatnya.siapa pula ini??secret guy betol lah..tak suka lah!!!!
  “oii!asal dengan kau nie??pucat aje muka tiba-tiba kenapa??”soal Mila cemas apabila melihat temannya itu hanya kaku selepas membaca surat yang dihantar oleh siapa itu tidak di ketahuinya.Lalu dia merampas surat yang kaku berada di tangan Amani itu lalu dibacanya.Bukan maii terkejut Mila dibuatnya..
   “ish!serem lak aku baca mehh!!siapa yang hantar nie Amani??siap panggil kau sayang-sayang lagi..”ujar Mila lalu menyedarkan Amani dari kekakuan ‘ais’ dibuatnya sekejap.
   “hurm,ntahlah weii..takut aku rasanya..agak-agak kau kan?perlu tak aku bagitahu Naim hal ini??”ujar Amani balik kepada Mila.
   “asal kau nak bagitahu mamat sengal tu pulak?tak payah!dia dan kau bukan siapa-siapa pun kan??so??buat apa bagitahu dia..”kata-kata Mila itu membuatkan Amani baru tersedar yang dia tidak pernah mengkhabarkan kepada temannya itu tentang hubungan yang baru terjalin di antara dia dan Naim. ‘bagitahu ke tak yee??’soalnya di hati.Mila terus menyambung membuat kerja di dalam buku latihan Matematik yang diberi oleh cikgunya tadi.Amani tidak senang duduk dibuatnya..sudah lenyap terus kegembiraan nya tadi sewaktu datang ke sekolah.

Amani melihat kelibat Naim di kantin keseorangan diri lalu dia menuju kearah Naim yang kelihatan sedang khusyuk menulis sesuatu di dalam bukunya.
   “hai bie?sibuk ke?”sapa Amani lalu tersenyum manis kepada kekasih hati vs gelapnya..hehehe.. J
     “eh! Yang..bila sampai??sorrylah Bie sibuk buat kerja tadi..hehe..”ujar Naim sambil membalas senyuman kepada gadis kesayangannya itu.Amani terus mengambil tempat di hadapan Naim yang sedang mengemaskan kerja-kerjanya yang di ganggu olehnya tadi.
   “macam mana tak perasan kalau sibuk buat kerjanya.. kut-kut bom meletup kat kantin nie pun tak diperasannya..”sindir Amani lalu tersenyum simpul kepada Naim yang terkekeh ketawa geli hati mendengar kata-kata yang terluncur dari bibir comel buah hatinya itu.
   “hehehe..funny gak yee sayang Naim nie??”ujar Naim lalu tangannya mencuit lembut hidung comel Amani itu.Terkedu Amani di buatnya..
   “err..sorry-sorry!tak sengaja yang..”maap Naim kepada Amani yang terdiam tiba-tiba apabila tangannya laju menyentuh mesra hidung kekasihnya itu.Terlupa pulak dia sebentar tentang hukum haram menyentuh perempuan yang bukan muhrim baginya. ‘ish!asallah laju tangan nie..mesti Amani pikir dia bukan-bukan..’desis Naim dihati.
    “eh!tak apelah..bukan pasal tu..sebenarnya..sayang datang sini sebab….”kata-katanya berhenti setakat itu apabila lidahnya kelu untuk meluahkan tentang kejadian tadi kepada Naim.adakah Naim marah atau salah faham nanti selepas dia memberitahu ‘tentang’itu kepadanya.
    “sayang nak kata ape nie?emm..”ujar Naim lembut.
   “sebenarnya..tadi sayang dapat surat misteri dari seseorang di hantar kepada sayang..dia ajak sayang jumpa petang ini selepas pulang ke rumah.tapi sayang tak tahu siapa dia tu..takut rasa dibuatnya.”luah jua akhirnya apa yang ingin diluahkan kepada Naim itu.kan setiap sesuatu hubungan yang terjalin perlu ada sikap saling jujur antara satu sama lain..baru utuh hubungan itu..hehe..ini semua dia tahu dari Mila.Mila memang teman yang memahami dan suka berikan motivasi atau nasihat yang berguna kepadanya.
   “huh???”Naim terkejut ‘monkey’dibuatnya mendengar kata-kata yang terluncur dari mulut Amani itu. ‘kut-kut…’desisnya mulai menagkap maksud kata-kata Amani itu.
   “surat tu warna pink kan??”soal Naim ingin tahu.
   “a,ah..mana Bie tahu??”jawab Amani kaget! Takkan Naim tahu kut..tak mungkin lah..
   “hahahahaha”berderai jua ketawanya…Amani makin serius pelik!melihat Naim ketawa tiba-tiba apabila diberitahu tentang surat misteri itu..kut-kut!arghhh!!!!
   “bie yang hantar surat tulah…hehehe…”balas Naim apabila melihat kerutan di wajah Amani makin menjadi-jadi!kesian pula dilihatnya..
   “huh!!bie yang hantar rupanya….kejam betol laa… L”ujar Amani dengan nada merajuknya.
  “ala..busuk-busuk! Bie ni..sorrylah sayang,Bie lupa lak tulis nama Bie dekat surat tu..ingat sayang tau tu dari Bie..huhu..”pujuk Naim lembut.
  “ermm..Bie ni kan!takpelah..kali ni sayang maafkan Bie but one more again bie buat lagi macam ni..sorry to say laa..”ujar Amani dengan penuh angkuhnya.Naim hanya mengeleng sambil tersenyum melihat telatah manja kekasih tersayangnya  itu.
  “so?jadi keluar dengan Bie tak petang ni??”soal Naim sambil matanya khusyuk mengira jumlah-jumlah matematik tambahan itu.
  “jadi kot.”balas Amani bersahaja. ‘ish!org dekat depan dia bukan nak dipandangnya..ape punya pakwelah..’getusnya dihati.
  “huh??jadi kot..apa tu??macam nak tak nak aje keluar dengan Bie.”soal Naim lalu matanya dikalihkan untuk  memandang Amani yang sedang buat endah tak endah kepadanya itu.
  “ermm…”balas Amani. ‘haha!acah aje..sesekali nak merajuk ape salahnye!’getus Amani nakal di hati. J
  “sayang…kenapa??merajuk yee?”soal Naim memujuk.
  “takadalah.. tengah buat muka ni?em..”kata-kata Amani itu membuatkan Naim terkekeh ketawa monkeynya!kelakor bonarr dengarnya..
  “okay-okay..Bie minta maaf tau!please jangan merajuk lagi k.tak comel lah sayang merajuk..:) smile please..”
  “yelaahh…”gelagat mereka berdua diintai oleh seseorang tanpa mereka sedari.

BAB 5: MAIN-MAIN CINTA..

Mila tidak senang duduk..kejap ke timur!kejap ke utara..satu bilik ingin ditawafnya!selepas melihat adegan’merpati dua sejoli’itu,ntah kenapa hatinya bagaikan ingin meletup bila-bila masa.menjadi persoalan dia sekarang betul ke sahabatnya itu sudah bercinta dengan mamat sengal itu?? Arghh!!!tak mungkin!!!
  “mila!!kenapa nak??kenapa menjerit ni?”soal mamanya Pn.Tina yang terkejut dengan suara anak bongsunya itu.Dia tinggalkan sahaja usai memasaknya itu untuk melihat anak nya itu di dalam kamar.
  “tak ada papa ma..ni ada lipas tadi!tu Mila jerit tadi.macam ma tak tau Mila takut lipas.hehe.”balasnya bersahaja untuk menyorokkan kenyataan yang benar. ‘adoii!!ma ni..dengar lah pulak dia jerit!hampir-hampir terkantoi..hush!selamat!’
  “ouhh!lain kali kemas bilik ni biar Nampak bersih..blah blah pot pet..”tuu DIA!mama sudah meleter..hua!!!tak tahan cek dengar.
  “ye mama..”itu sudah cukup membalas kata-kata mamanya dari mamanya meleter dengan panjang leber.tak tahan dengar weii boleh sebu telinga. ‘aci tak ea?’belasah lah!huhu..
  “ni..Amani kenapa dah lama tak datang sini??ajak-ajaklah dia datang rumah kita.dah lama sangat dia tak datang..rindu mama tau!”soal mamanya.
   “ntah dia..sibok dengan tu lahh..”balasnya perlahan takut mamanya dengar pulak!macam tak kenal mama.kaki penyibok!
   “sibok dengan apa Mila?mama tak dengar..”soal Pn.Tini lagi kepada anaknya itu.
  “huh?err..Mila cakap maybe dia sibuk dengan study tu jarang datang rumah kita.macam tak kenal Amani ma..kaki study!”ujar Mila.
  “yelah..tapi tanyalah dia sekali lagi,ada hari-hari dia free tak?ajak datang rumah..kata mama rindu kat dia.”pinta mamanya itu.
  “yelah ma..nanti Mila tanya k.”

Amani sungguh bahagia kini apabila hubungannya dengan Naim kini semakin hari bercambah dihatinya.Seri di wajah naik apabila status dirinya kini bukan lagi bujang@solo tapi ‘any relationship’.Alhamdulilah,Amani mengucap syukur apabila kedua ibu bapanya merestui hubungan intimnya bersama Naim.terutama ibunya Pn.Haliza.Siap menyuruh Naim memanggilnya ‘ibu’ apabila bersua.Naim jua begitu seperti Amani akhirnya dia dapat memiliki gadis idamannya secara senyap dulu.tapi kini gadis itu sudah ‘sah’menjadi kekasih kesayangannya.
  “Bie happy sebab sayang sudi terima Bie seadanya..”ujar Naim apabila mereka duduk di laman rumah Amani itu.bersantai lah katakan.
  “me too..hope hubungan kita sampai bila-bilakn?”balas Amani sambil menghadiahkan seukir senyuman manis buat Naim itu.
  “em..insyaallah,kalau di panjangkan usia kita kan?biarlah kekal sampai bila-bila.”balas Naim pula.Amani secara senyap di dalam hati mengaminkan kata-kata Naim itu.dia sangat berharap hubungan yang terjalin kini kekal buat selamanya. J


Amani hairan melihat temannya itu sejak dia datang sampailah kini.Padahal sejak Mila mesej dia untuk bertemu di taman perumahannya itu sudah membuatkan dia penuh tanda tanya. ‘apalah..Mila nak cakap ni dari tadi senyap aje,bisu ke Mila ni??’desisnya.
   “err..Mila..kau sebenarnya nak jumpa aku nak kata apa?macam penting je.”sapa Amani mendahului bicara.Mila hanya diam sahaja dan menoleh tajam ke arah Amani yang kaget dengan pandangan temannya itu.
    “memang penting pun!penting sangat-sangat!”balas Mila bernada kasar.jujur!hatinya sudah membengkak dengan sandiwara Amani selama ni..dia dianggap apa oleh Amani padahal sudah dari dulu mereka berkawan rapat tapi kenapa perlu dirahsiakan mengenai hubungan yang terjalin antara Amani dan Naim.Itu sebab dia memanggil Amani untuk bersua@face to face!!kalu tidak sampai bila-bila dia tidak tahu tentang hubungan intim temannya itu.Amani sudah tidak senang duduk apabila mata tajam Mila hanya terpaku padanya. ‘adakah Mila sudah tahu mengenai hubungannya dengan Naim??ouhh!no!’getusnya dihati.persoalan itu semakin menyesak di benaknya.betulkah itu adalah sebab Mila memanggilnya ke mari.
    “Amani..kau dah kenal aku berapa lama??dan siapa aku pada kau?”soal Mila dengan bertubi-tubinya.Amani terpana sebentar dengan ujahan yang disoalkan kepadanya.
    “err..dah lama.sahabat karib yang aku sayangi lah..kenapa?kau tanya macam tu lak?”balas Amani perlahan.
  “kalu dah lama..dan aku adalah sahabat karib kau,kenapa kau perlu rahsiakan semua ni kepada aku??”ujar Mila sinis bunyinya.
   “rah..rahsia what??”soal Amani terputus-putus.
   “rahsia hubungan percintaan Uda dan Dara korang berdua lah.”akhirnya terluncur jua apa yang ingin diluahkan oleh Mila sejak mengetahui hubungan cinta terSembunyi teman karibnya itu.Amani semakin tidak keruan dibuatnya melihat renungan tajam dan kata-kata yang terluncur dari bibir temannya itu.Akhirnya..percintaan dia bersama Naim diketahui jua tanpa sempat diceritakan sendiri kepada Mila.Tapi yang menjadi tanda persoalannya bagaimanakah?Mila tau semua ini..Mila tau dari mana?huh!jangan-jangan..
   “err..kau tahu dari mana Mila?kau jadi spy aku ye?huhu”Soal Amani berlawak.
    “a,ah..yelah tu..Spy terkini kan?dari mana aku tahu tu biarlah hanya aku dan tuhan sahaja yang tahu..kenapa kau sorokkan dari aku??huh!??”ujar Mila lagi.
   “erm..sebenarnya..blah blah pot pet..”di taman itu Amani menceritakan segala-galanya mengenai hubungan terkini dirinya dan Naim dari A to Z..bersaksikan Dia yang maha mengetahui segalanya. :)

1 comment: