Wednesday 15 February 2012

- Cintaa Bilangg Cintaa -

Bab 1
Iman Umairah. Gadis yang sering membuat orang disekeliling terkesima dengan raut wajahnya yang menarik! Apabila seulas senyuman diukirnya, pasti hati mana-mana pun cair melihatnya.Termasuklah Amir Aiman. Lelaki kegilaan ramai wanita-wanita cantik dan ada juga dikalangan ‘minah top’
Tetapi Amir Aiman hanya tersangkut hati pada seorang gadis. Iaitu…
    “Serius ke kau Mir? Nak tackle dia?”petang itu mereka berdua menjamu tekak masing-masing yang sudah kering selepas kelas tamat seperti biasa di Coffea House CafĂ©.Mereka memesan minuman yang sama iaitu Coffea milk.
   “Serius lah. Habis tu? Kau rasa aku cakap ni sekadar cakap aje ke?”balas Amir mendatar. Hish!macam aku ni pelawak je nak setiap hari keluar kata-kata gurauan?pleaselah.. aku pun manusia normal juga. Ingin merasa jatuh cinta. Terutama first love.
   “yelah, Cuma aku hairan, selama ni bertimbun-timbun gadis cantik beratur untuk dapatkan kau, satu pun kau tak layan. Tapi? Sekarang?kau boleh pula terpikat dengan gadis tu.”ujar Danish pelik bin ajaib.
    “hmm.. aku pun tiada jawapan untuk itu. Cuma.. aku terpikat akan sikapnya yang lemah lembut,menawan,dan senyumannya itu.. bagaikan melihat bidadari cantik yang turun dari kayangan..”
Amir seakan-akan sudah hanyut dengan dunia yang direkanya sendiri.Bagaikan Danish tiada bersamanya apabila lamunannya tergambar wajah manis ayu Iman Umairah.Bagi Danish, bukan hari ini Amir meluahkan rasa hatinya padanya.Tetapi setiap kali bersua muka pasti temannya itu mula membuka cerita cintanya sendiri untuk diperdengarkan oleh Danish.Danish mengakui temannya itu sudah kemaruk hati pada gadis secantik Iman Umairah.Bukan sahaja cantik, tetapi Iman Umairah mempunyai aura yang tersendiri.Kalau dirinya masih solo, pasti dirinya juga tersangkut hati pada Iman.
   “Danish?kau ni apa pasal?teringat kat Mimi ke?”soal Amir.
   “err.. mana adalah. Kau cakap apa tadi?”
Danish bagaikan baru tersedar dari tidur dengan teguran dari Amir.Tak sangka dirinya pula yang melayang ntah ke hujung ufuk mana.Rindu pula pada sang cintanya itu.. apabila teringat pada Iman.Danish cukup menjaga hatinya untuk terus berdiri setia pada seorang sahaja untuk menjadi penjaga kunci hatinya.Walaupun seribu wanita cantik termasuklah Iman.Hatinya tetap terpikat pada sang jantung hatinya Mimi.Sudah satu tahun perhubungannya dengan Mimi, semasa masih menuntut di tingkatan 5 dulu.Kini alhamdulilah.. hubungannya masih utuh sampai sekarang.
Amir semakin hairan melihat temannya itu.Tadi bukan main sedar apabila dia khusyuk bercerita sekarang terus hanyut melayang fikirannya.ntah apalah isi di dalam fikiran temannya itu.Teringat kat buah hatilah tu.bisik Amir dihati.
   “kau ni kenapa?bosan ea dengar cerita aku?hmm..”
   “eh!mana adalah Mir.aku tak bosan pun dengar cerita cinta kau tu.kau aje yang berfikiran begitu.aku tak.”ujar Danish menafikan.
   “yelah.habis kau fikirkan ape?Mimi?kan.. ala.. macam lari aje Mimi kau tu. Baru sehari tak jumpa dah fikiran kau ntah kemana.Hahaha..”usik Amir selamba.
Danish sudah menayangkan buku limanya itu.Bila-bila masa sahaja buku limanya itu melayang ke Amir.hish,geramm dibuatnya.
  “mana adalah.. dahlah aku nak balik!penatlah.. dari tadi sebu telinga aku ni dengar cerita cinta kau.Makin ngantok aku dibuatnya.jumlah balik Mir..”
   “apa kau cakap!!!!”

2 comments: