Sunday 12 February 2012

Hasill - titipannkuu - :))

             Main-Main Cinta <3

BAB 1:MAIN-MAIN CINTA..

Nurul Amani…cantik sebaris nama itu seperti cantiknya empunya milik nama indah itu.Gadis yang dicintai seluruh jiwa dan raga oleh Shahrul Naim itu.Setiap ketika hanya namanya yang meniti di tubir bibirnya tiada yang lain.Hanya Nurul Amani seorang.Naim melihat wajahnya di hadapan cermin muka yang berada di kamar tidurnya itu’Adakah aku sesuai buatnya??’terus ditilik wajah kacak dengan lesung pipit dikedua belah pipinya.Akhirnya dia bermonolog sendiri di hadapan cermin muka itu dengan 10001 persoalan.

  “Amani kau buat apa itu??”soal Mila kawan sekelasnya merangkap kawan karib Amani sejak berada di tingkatan 1 lagi.Kini mereka masih bersama dan berkawan hingga menjejakkan kaki di tingakatan 3.
  
    “hai dear! Tengah buat essay nie.Kau dari mana nie?keluar date ke dengan abg senior??huhu..”ujar Amani dan sempat mengenyitkan mata tanda sudah mengenakan Kawannya itu.
    “eh!kau niekan…kang aku tuing kepala kau tu baru tahu.”ujar Mila.
    “hehe…gurau saja…jangan lah marah sayang.Kau niekan sensitif bonar!”ujar Amani bersenda.
     “erm..banyaklah kau punya sensitif! Nie yang makan hati nie.”ujar Mila merajuk hati dengan kata-kata Amani sebentar tadi.
    “Assalamualaikum..”
    “wasalam….”sahut mereka berdua.
     “awak Amani ye??dan awk Syamila??it’s true or….”ujar Naim kepada Amani dan Mila yang hanya mempamerkan wajah yang penuh tanda tanya.Mila terus menoleh ke wajah Amani dan mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.
     “err..saya Amani dan nie sahabat saya Mila.erm,kalau boleh kami berdua tahu siapa anda?macam mana tahu nama kami berdua?”soal Amani.’erk?sape ye mamat kacak nie..aku kenal ke?erm..eh!mustahil lah kenal setahu aku sebelum nie tak pernah pun Nampak mamat nie,maybe orang baru kot.’desis Amani di dalam hatinya.
     “saya Shahrul Naim.boleh panggil Naim sahaja.”balas Naim dengan sekuntum senyuman kepada Amani dan temannya itu.’emm..lawanya dia..hati aku mulai berdegup kencang apabila dapat menatap wajah cantik yang di miliki oleh Amani itu.Gadis yang dicintai kini dan mungkin selamanya.’Naim terus bermonolog di dalam hatinya.Amani dan Mila naik pusing(hairan)melihat keanehan lelaki yang berdiri di hadapan mereka itu.
     “err..boleh saya duduk.?”soal Naim apabila melihat gadis berdua di hadapannya hanya membisu sejak tadi.
    “emm.boleh..duduk lah.”ujar Mila mendahului bicara.
     “terima kasih.”lalu Naim mengambil tempat di hadapan gadis-gadis yang sedang merenung nya dengan 10001 persoalan di fikiran mereka masing-masing.
     “emm.sorry but boleh kami berdua tahu apa hajat anda untuk berjumpa kami berdua??adakah kita sebelum nie penah berjumpa?”soal Amani dengan beraninya.Naim hanya mempamerkan senyuman yang meniti di tubir bibir nya.Mila dan Amani kehairanan melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki di hadapannya itu.
   “sebenarnya…”ujar Naim tergantung.
   “sebenarnya apa???”soal Mila pula.Mila jadi kehilangan sabar melihat sikap lelaki di hadapannya itu.’aik!memang nak makan penumbuk sulung dia nie.memang tak pernah rase kot lelaki nie macam mana rasanya makan penumbuk power aku.’gerutu Mila di dalam hatinya.
    “sorry kalau kedatangan saya nie menganggu kalian berdua..”ujar Naim memohon maaf.Amani hanya diam membisu.Mila pula rasa nak meletup bila-bila masa saje gunung berapi di dalam hatinya.Tetapi nak tak nak dia harus sabar dengan sikap pelik lelaki di hadapannya itu.Kalau tak dah diajak bertomei kat sini.
    “emm..tahu takpe..”ujar Mila perlahan,tetapi masih didengari oleh Naim dan Amani.
   “uishh! Mila.Kau niekan kalau nak marah pun agak-agak lah.tak baik tahu mencari pasal dengan lelaki.Sabar itukan separuh dari iman sayang oii..”ujar Amani dengan suara dikecilkan supaya tidak didengari oleh Naim yang sejak tadi merenungnya sahaja dengan pandangan yang sukar ditafsirkan olehnya.’asal lah mamat nie usha aku dari tadi ye??pelik! crazy ke..eee,takutnya..’
    “emm.sorry sekali lagi mungkin lain kali kita boleh borak lagi ye.Saya minta maap sangat-sangat.saya minta diri dulu.Asmualaikum.”ucap Naim lalu meminta diri dari situ.Terus dibawa pergi dirinya jauh-jauh dari Amani dan Mila kerana kedatangannya hanya menganggu mereka sahaja.’mungkin belum rezeki aku untuk berkenalan dengan mereka,temannya itu macam tidak menyukainnya sahaja.’

 BAB2:MAIN-MAIN CINTA..

Didalam kamar tidurnya,ntah kenapa fikirannya jadi melayang mengingati pertemuan antara dia,Mila dan lelaki itu di kantin sekolah pada tengahari tadi.Rasa bersalah menyebulungi hatinya dengan sikap dingin Mila terhadap lelaki yang tidak dikenali nama itu.’siapa ye gerangan lelaki itu?macam mana dia tahu nama aku dan Mila?pelik!’getus Amani,lalu mencapai selimut dan terus melelapkan mata yang kian ngantuk kerana bermonolog di dalam hati sendiri mengenai lelaki itu.


Disekolah pada pagi itu sibuk dengan persediaan sukan tahunan peringkat sekolah yang akan bermula tidak lama lagi.Amani dan Mila terlibat dengan pelbagai acara kokurikulum.Amani terlibat dengan latihan lumba lari,lontar peluru dan lompat jauh.Manakala Mila terlibat dengan pembarisan Unit Beruniform Kadet Remaja sekolah yang akan berlangsung pada Sukan tahunan nanti.
    “oit.busynya kita sekarang nie kan?tak lama lagi Sukan Tahunan akan bermula.Latihan setiap hari..adoii naik lemah aku macam nie.dah lah kita nak ambil exam,nak baca buku lagi nak buat latihan lagi..adodoi!!pening-pening!!”ngadu Mila kepada Amani yang sedang enak menyedut ABC yang dijual di warung  tepi jalan rumahnya itu.’sedap bangat sieh!!mau-mau!!haha’
   “oit cik akak Nurul Amani sayang..dengar tak apa yang aku melalut sebentar tadi?ke kau dah sampai ke pulau bali ah!”ujar Mila sambil menyindir temannya itu yang enak menjamu selera tekaknya itu sampai tidak dengar apa yang dibualnya sebentar tadi.
   “err..hehe..maaf dong!aku tak berapa dengar!apa ye??”ujar Amani lalu mempamer senyuman kambingnya itu kepada Mila yang sedang menahan diri dari menghayunkan tangannya itu di bahu Amani.
  “erm..takpe-takpe.Aku tak marah kok! Silalah menjamu selera tekak panjang kau tu ye!!aku nak pulang!!!”ujar Mila sinis lalu ingin berdiri untuk melangkah pulang dari menahan diri dengan sikap temannya itu.
   “eh!merajuk ke cik kak oit?aku gurau pun nak marah ke?”ujar Amani lalu menahan Mila dari melangkah pergi.
   “banyak lah kau punya gurau..aku dok citer dengan kau,kau buat bodoh je menikmati ABC hang tu.”marah benar Mila terhadap Amani.Nek pusing kepala untuk memujuk Mila bila sedang merajuk.sebijik macam ibu aku bila tak dengar apa yang dikatakannya.hehe.
  “apa yang kau senyum-senyum tu..dah sewel ke??nak aku hantar pergi melawat hospital tanjung rambutan?”ujar Mila lalu sempat menyidir temannya itu.
  “ish!kau nie..selamba je nak hantar aku dekat Hospital Tanjung Rambutan tu..kau pikir teman kau nie dah naik gila tahap baban ke?”sindir Amani balik kepada Mila yang sedang menahan diri dari terhambur ketawa.
   “dah lah jom kita balik.dah petang nie..”ujar Mila malas untuk dipanjangkan cerita.


Hari Sukan Tahunan kian bermula.Amani dan Mila tidak kenal letih apabila masing-masing bertungkus lumut untuk membuat sebarang latihan untuk Hari Sukan yang bermula esok.
   “Amani..aku harap esok kita akan buat sehabis yang mungkin k.”ujar Mila bersemangat menunggu hari esok.
Amani yang baru habis membuat latihan pada petang itu mengukir senyuman kepada temannya itu yang bersemangat menunggu hari esok.
   “yup!mudah-mudahan kan..aku pula jadi gementar rasanya menunggu esok.Aku risau aku tak menang dalam setiap acara yang aku masuk itu.”ujar Amani perlahan.
    “dah lah jangan pikirkan sangat.Aku tahu kau boleh buat yang terbaik k!chayok-chayok.”kata Mila dengan semangat sekali.
Hari ini bermula sudah hari yang ditunggu-tunggukan mereka.Mila sibuk dengan kawad nya.Amani pula sedang menunggu gilirannya untuk berlari.Rasa gementar kian terasa di lubuk hatinya.’adoii..macam mana bah!’getus Amani di dalam hatinya.
Tiba-tiba dari jauh, Amani terlihat sekujur tubuh milik Naim yang sedang duduk di kerusi penonton seorang diri,lalu Amani mengatur langkah ke arah Naim yang bersendirian sambil matanya khusyuk menonton acara pembarisan yang sedang bermula.Naim tidak sedar apabila Amani duduk di sebelahnya.Sampaikanlah…..
    “eh! Amani..sejak bila awak duduk kat sini?saya tak perasan pun.”soal Naim apabila dia tersedar ada seseorang duduk di sebelahnya,tak sangka ‘orang’yang di maksudkan itu adalah Amani.
   “hai!! Dah lama dah..cuma awak saja tak perasan.”balas Amani bersahaja.’kacak nya Naim nie bila bertentang mata secara dekat macam ini.agak-agak dah ada girlfriend tak ye?hehe..gatalnya!’seloroh Amani di dalam hati.
  “kenapa awak senyum-senyum nie??”soal Naim lembut menusuk di jiwa gitu.
   “err..tak ada papa..erm,awak tak masuk papa ke acara sukan?”soal Amani.
   “nope! Malas lah.”ujar Naim bersahaja.
   “kenapa malas pula??sepatutnya kita mesti seimbang antara kurikulum dan kokurikum . tak boleh juga kalau kita lebihkan pelajaran tapi koko atau sukan kita tak terlibat.Awak nak ke..cergas tapi tak cerdas.”ujar Amani dengan panjang lebar.Naim terpaku mendengar setiap bait-bait kata yang membuatkan dirinya bagai di awangan bersama Amani.Sifat yang ada pada Amani ini membuatkan hatinya bagaikan tidak mahu melepaskan Amani dari dirinya.Kian mekar cinta dan sayangnya pada gadis di hadapannya ini.Amani terdiam apabila dirinya menjadi tontonan mata kuyu milik lelaki yang telah mengetuk hatinya itu.Amani tidak tahu kenapa hatinya rasa semacam bila berduaan atau bertentangan mata dengan Naim.Rasa yang sukar untuk di ungkapkan dengan kata-kata.Pipinya dirasakan sudah kemerah-merahan,bila bertentangan mata dengan Naim.Bagi Naim dia rasa bahagia apabila dapat bertentangan mata dengan gadis pujaan hatinya itu.Peluang ini tidak akan disia-siakan..dari mata Amani dia dapat menangkap sesuatu.tapi semua itu bagaikan hilang apabila Amani tersedar dari bertentangan mata dengannya.
   “err..maaf!”ujar Naim memohon maaf atas keterlajurannya menatap begitu lama wajah mulus Amani itu.
  “eh! Takpe lah.erm..awak saya pergi lari dulu ye..nanti kita borak lagi k.”ujar Amani lalu tersenyum manis kepada Naim dan terus melangkah pergi ke arah pelajar-pelajar yang berada di garisan larian itu untuk menunggu giliran untuk lari.Naim hanya menatap sayu Amani yang melangkah pergi itu.Rasa sayu dan bersalah bercampur baur terhadap Amani.’arghh!! sakitnya hati ini bila menahan 10001 rahsia dihati tanpa sempat untuk meluahkan kepada Amani.Tak tertanggung rasanya lagi untuk menyimpan ianya lagi.Aku mesti luahkan kepada Amani.Biar hati ini merasa lega dan sedikit tenang.’desisnya.

Selesai acara larian menyusul pula acara kawad Unit Beruniform dan Sinamrobik rumah sukan.Selesai membuat larian tadi Amani duduk berehat di atas bangku yang disediakan di situ.Mila datang dengan senyuman di tubir bibirnya membawa khabar ceria bagi tafsiran Amani.
  “hai sayang! Tengah buat apa itu?”ujar Mila ceria lalu duduk menyempit di sebelah Amani itu.
  “hai..kau ini kenapa?dah sewel ke?tak nampak ke aku tengah beristirehat ini??ke kau nampak aku tengah main bola sekarang ini??”ujar Amani lalu menyidir temannya itu yang lain macam hari ini.’kenapa dengan minah sorang nie?dah sewel kod! Tiba-tiba lain macam saja.’desisnya.Mila hanya membuat muka toya mendengar kata-kata Amani itu.’lantak lah Amani nak kata dia apa sewel ke,sawan ke lantak lah..asalkan dia sedang bahagia sangat lah kod sekarang nie.’getus Mila di dalam hatinya.Amani naik pusing(pening)melihat tingkah laku Mila.
  “kau nie kenapa cik kak oiii!! Cer citer2..dekat kawan kau nie.Aku tak paham dengan kau sekarang ini.”ujar Amani.Mila tersenyum-senyum apabila mengingati peristiwa tadi yang membuat moodnya ceria sekarang ini.
  “emm..kau nak tahu tak something?”soal Mila dengan semangatnya.
  “emm..”
“aku…happy sekarang nie sebab seseorang yang aku minati selama ini tegur aku tadi masa aku tengah lepak dengan budak-budak kawad.”cerita Mila dengan gembiranya.
 “and then??”soal Amani.
 “and then..dia ajak kenal dengan aku lah..dia bagi aku nombor telefon dia.Nanti senang nak hubungi aku.”
 “ouhh.elok lah tu..aku tumpang gembira,bila tengok kawan aku sedang happy sekarang nie.erm,agak-agak siapakah gerangan cowok(lelaki)itu?”soal Amani ingin tahu.Setahu dia ramai yang diminati oleh temannya itu.kebanyakkan abg-abg senior lah.sebab Mila jenis suka lelaki yang matang dan berusia dari dia.
  “tekalah!!”
“ah!!malas aku.cepatlah cakap..siapa lelaki tu.”ujar Amani geram dengan sikap temannya itu.
   “hehe..dia adalah Fitri Hakim!!abg senior yang aku tunjukkan dekat kau hari itu.yang cute-cute muka dia tu..”ujar Mila.Amani bagaikan tidak percaya sebentar mendengar kata-kata daripada Mila itu.Maknanya Mila dengannya.Tak macam dirinya..bukan tiada yang ingin beruntung ada lelaki yang ingin berkenalan dekat padanya tapi..hatinya belum bersedia untuk membuat sebarang hubungan yang serius apabila diri pernah di lukai dahulu.Terimbau kembali kenangan cintanya bersama Nik.lelaki yang dicintainya setulus jiwa dan raganya..lelaki yang diharapkan dapat membahagiakannya tetapi hanya Cuma mempermainkan hatinya sahaja.Kerana kelukaan dan kebencian itu,dia mengambil keputusan untuk menyendiri sampai kini.Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila bahunya disentuh lembut oleh Mila.
   “kau masih teringat dekat Nik lagi ke??”soal Mila simpati melihat wajah temannya itu yang tiba-tiba sedih dan muram durja.Sebagai teman yang sudah lama bersama-sama mengharungi pahit getir tercuit jua hati bila melihat teman yang sudah di anggap seperti adik beradik berduka cita sebegini.Mila mengusap-usap bahu Amani dengan lembut biar temannya itu tenang kembali mengingati peristiwa sedih itu lagi.Nik..lelaki pertama dalam hidup Amani,seorang yang memahami dan amat menyanyangi Amani seadanya..tetapi disebabkan orang ketiga iaitu adik angkat kepada Nik,hubungan antara nik dan Amani menjadi renggang dan dingin sampailah mahligai cinta yang dibina selama dua tahun musnah begitu sahaja.Nik lebih menyanyangi adik angkatnya itu dan akhirnya mereka mempunyai hubungan intim secara senyap untuk mengelak dari ketahui oleh Amani,tetapi bak kata pepatah.sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh jua ke tanah.Rahsia perhubungan itu terbongkar jua apabila Amani melihat sendiri kemesraan pasangan itu di hadapan matanya,hancur luluh hati Amani ketika itu..hanya allah yang tahu.Semua itu dingadukan kepada Mila yang setia bersama-samanya untuk mengubati luka yang di tinggalkan oleh Nik.Mila seorang yang tahu semua tentang kisah bersejarah itu.Kini Mila tidak mahu luka yang dirawat sendiri oleh temannya itu berdarah kembali.
   “err..takdelah.aku oke je.don’t worry k.”ujar Amani.
   “emm,tak payah lah kau nak bohong dengan aku Amani..aku tahu kau..bukan sehari aku kenal kau.Aku tahu kau amat mencintai Nik dan sukar untuk kita melupakan seseorang yang pernah menetap dalam hati kita.tetapi kita juga boleh melupakan si dia dengan memberi peluang hati kita untuk menerima dan mencintai lelaki lain.Lelaki yang tulus menyanyangi kita seadanya.”ujar Mila dengan panjang lebar.Amani hanya tersenyum kecil mendengar kata-kata daripada temannya itu.
“emm,sukar Mila untuk memberi hati ini untuk kedua kalinya.Sakit dan luka di dalam hati belum sembuh sepenuhnya,biar lah aku bersendirian dari memberi hati ini buat lelaki untuk dilukai lagi.”ujar Amani sayu.’senang Mila berkata begitu.kerana dia tidak pernah rasa apa yg dia rasakan sekarang ini,sukar untuknya memberi peluang kepada lelaki lain untuk menginap di kamar hati dan senang untuk disakiti hatinya.daripada sebegitu biarlah dia membujang hingga tua.dia sanggup begitu’
    “emm..suka hati kaulah Amani.tapi aku harap satu hari nanti ada lelaki yang akan menambat hati kau..aku percaya ketentuan daripada Allah.”ujar Mila lalu melangkah pergi dari situ untuk menemui budak-budak kawadnya untuk mendengar keputusan acara kawad siapakah yang mengondol piala kemenangan.Amani hanya memandang sayu langkah temannya itu dengan perasaan bercampur baur.’siapakah yang bersalah sekarang??adakah aku yang bersalah kerana sukar sangat untuk memberi peluang hati ini menerima lelaki dalam hidupku.’desisnya.

Di sekolah pada hari ini,kecoh dengan suara-suara pelajar yang gembira dengan Sambutan Hari Sukan peringkat sekolah yang diadakan semalam.Mila senang hatinya hari ini kerana pasukan kawadnya telah mendapat johan bagi acara kawad semalam.Senyuman sentiasa di bibir sejak masuk sekolah tadi.Amani pula masih dalam mood sedih lagi tetapi jauh di sudut hatinnya dia happy kerana dia telah mendapat johan bagi semua acara yang telah dia sertai itu.Cuma kegembiraan itu hanya seketika jua kerana fikirannya masih teringat dengan kata-kata Mila semalam.sukar sangatkah hatinya untuk memberi peluang hatinya untuk dicintai dan mencintai lelaki lain.Persoalan itu selalu mengasak di fikirannya.Mila mengajak Amani untuk menemannya ke perpustakaan pada hari ini kerana Mila ingin mencari bahan untuk folio Sejarahnya yang akan di hantar pada minggu depan.Amani tanpa banyak soal terus mengikuti Mila ke perpustakaan,alang-alang itu dia ingin meminjam buku novel untuk dibacanya pada masa lapang.
   “weyy..perpustakaan sunyi nie,bolehlah kita masuk hari ini.”ujar Mila kepada Amani yang hanya senyap sejak tadi.
“emm..jomlah masuk”ujar Amani tanpa banyak soal.Mereka masuk ke dalam perpustakaan itu jua apabila melihat ianya sunyi tanpa ramai pelajar yang ada di perpustakaan pada hari itu.Mila terus ke rak buku-buku berkenaan tentang sejarah dan dia terus ke bahagian belakang untuk mencari novel-novel yang best untuk dipinjamnya.Sedang elok dia mencari novel-novel di bahagian rak Novel,dia terlanggar seseorang dengan tidak sengaja disebelahnya.Lalu dia mengangkat wajahnya dari mencari novel-novel yang ada disitu kearah gerangan ‘orang’ yang di langgarnya sebentar tadi.terkejut bukan kepalang Amani apabila gerangan orang itu adalah Naim.Naim juga sepertinya terkejut kerana perempuan yang melanggarnya itu ialah Amani.Mereka berdua akhirnya tersenyum dengan accident yang berlaku tadi.
  “sorry,saya tak sengaja terlanggar awak tadi.”ujar Amani lalu menundukkan kepalanya dari bertentangan dengan Naim yang galak memandangnya tanpa jemu.
  “eh!takpe lah.Tak sakit pun.hehe”ujar Naim berseloroh.Amani hanya tergelak kecil mendengar kata-kata daripada Naim itu.Mereka mengambil tempat di meja paling belakang dan berhampiran dengan tempat mereka jumpa itu.
  “awak buat apa dekat perpustakaan nie??”soal Amani.
 “tengah cari novel! Awak pula buat apa dekat sini?”soal Naim pula kepada Amani.
“samalah.tengah cari novel juga.eh! tak sangka ye awak pun minat baca novel juga.Setahu saya perempuan saja yang suka menghadap novel.”ujar Amani mesra.Naim hanya tersenyum mendengar kata-kata Amani itu.
  “mestilah!ingat perempuan je ke minat baca novel nie,lelaki tak minat ke?”ujar Naim lalu tersenyum mesra kepada Amani.’kan best kalau setiap hari dapat peluang berbicara seperti ini bersama Amani.’desis Naim di dalam hatinya.
  “maybe!because selalunya lelaki kurang nak baca buku nie terutama novel.Tak tahu pula masih ada lelaki yang meminati bacaan jenis novel.So awak pinjam buku apa tu??”soal Amani lalu memandang kearah novel yang berada di tangan Naim itu.
  “Kau milikku”ujar Naim pendek.Amani jadi kagum pula dengan lelaki di depannya.Banyak yang baru di ketahuinya sifat yang ada pada lelaki di hadapannya ini.Tiba-tiba ada perasaan halus menjalar di hati Amani,perasaan itu makin lama makin merayap halus di seluruh hatinya.Naim memandang mesra gadis di hadapannya itu.Gadis yang membuat dirinya tidak keruan dan sukar untuk melelapkan mata.Naim juga tidak dapat nak tafsirkan bagaimana gadis yang bernama Amani itu telah meragut sekeping hatinya itu.Tapi yang dia ketahuinya she is so special in my heart…
   “Amani!!!”jerit Mila dari sebalik rak yang berada tidak jauh daripada meja yang diduduki olehnya dan Naim itu.
  “sekejap taw nak jumpa Mila.”ujar Amani kepada Naim lalu beredar kearah Mila yang sedang merenung mereka berdua dengan pandangan kurang elok.
  “yee..cik akak Mila nak apa panggil aku?”soal Amani.Mila hanya merenung Amani dengan pandangan yang menjengkilkan.
  ‘kau buat apa duduk dengan mamat sewel tu??dah mengatal ke dengan mamat tu?”soal Mila dengan bertubi-tubi.Amani jadi hairan melihat sikap temannya itu’aik minah nie tadi bukan main happy now dah baddmood tiba-tiba pula,tak paham betol rasanya.’detik di hati Amani.
  “lahh??salah ke aku duduk berborak dengan Naim.lagipun aku tengok dia baik sahaja yang kau marah sangat dengan dia kenapa??dia ada buat salah dengan kau ke??”ujar Amani lalu menarik Mila duduk di kerusi tidak jauh dari tempat mereka berdiri.Mila hanya memasamkan mukanya lalu menjeling tajam kearah Naim yang berada tidak jauh daripada mereka,Naim hanya terdiam melihat renungan ‘maut’ daripada Mila itu.Dia tahu tidak mudah untuk membuat seseorang itu jatuh suka pada kita,dan tidak mudah juga untuk menarik perhatian seseorang itu untuk rapat dengan kita.Tapi dia percaya satu hari nanti dia,Amani dan juga Mila akan bersahabat jua.Naim pasti itu.
   “Mila??why dengan kau sekarang??cuba kau bagitahu aku kenapa kau tidak suka pada Naim??Dia ada jahat pada kau ke?”soal Amani kembali.
   “tidak ada apa-apa lah.k lah aku nak balik kelas dulu.”selepas berkata begitu Mila terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Amani terpinga-pinga.Melihat Mila berlalu pergi,Naim memberanikan diri melangkah pergi ke arah Amani yang bersendirian apabila di tinggalkan oleh Mila itu.
  “err,boleh saya duduk??”Soal Naim dengan penuh berhati-hati.
   “boleh.duduk lah..”balasnya.Naim merenung raut wajah Amani yang muram durja itu.Ntah kenapa hatinya bagai dirobek pilu melihat gadis yang disayanginya itu berkeadaan sedemikian.Ringan sahaja tangannya untuk memaut tangan milik Amani,tetapi cepat-cepat Naim menghentikan niatnya itu.
   “awk..saya nak minta maap sangat-sangat sebab pasal saya,awk dengan Mila berselisih faham.”ujar Naim.
    “eh ! don’t worry lah.Saya ok sahaja dengan Mila,Cuma…”kata-kata terakhir itu hanya berhenti setakat itu kerana sampai sekarang Amani masih keliru  dengan tingkah laku Mila itu.Naim hanya mengeluh pilu melihat kekeruhan di wajah Amani itu.
   “dahlah!jum balik kelas nak?nanti cikgu marah pula lambat masuk”ujar Amani mengubah topik sebelum Naim semakin berasa bersalah dengan sikap Mila kepadanya tadi.Naim hanya mengiyakan sahaja.
  “err..Amani ada nombor telefon tak?”soal Naim terketar-ketar lalu memandang Amani di depannya itu.Amani hanya tersenyum melihat sikap Naim yang sedikit ‘lurus’ itu.Ntah kenapa Amani makin senang rapat dengan Naim dari lelaki lain. ‘huh!apa nie Amani oii’desisnya.
  “erm,ada!kenapa?nak nombor Amani ke?”jawab Amani tanpa segan silu.
  “err..erm..kalau Amani sudi bagi dekat Naim..sebab kalau apa-apa hal senang nak contact dengan Amani kan.”ujar Naim menahan wajah dari kemerahan.Amani ketawa melihat wajah Naim yang makin kemerahan dibuatnya.Tercuit hati kecil Amani..’naim-naim..’
   “merahnya..huhu pakai blusher ea?nie nombor Amani,salin aw!”
  “eh!mana ada..tak mainlah malu-malu nie..hehe okay! Berapa?”
  “hehe..yelah tu..0147111532..nanti buat missed call taw! Amani nak ambil nombor Naim pula..”ujar Amani sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya itu.
  “okay! Bye Amani..see u later esok..”ujar Naim lalu ianya menaiki motor YAMAHA X5 nya meninggalkan rumah Amani itu.

1 comment:

  1. kak shahira ...best jgakk novel nyhhh ,akk yg tlis sndiri kew ???huhu ,bgos2 .. :D

    ReplyDelete