Friday 18 January 2013

Baik-Baik Sayang

                                                            Assalamualaikum :)) 


Novel Ketiga :) hope your like it. just simple , thanks for reading! 


BAB 1
“IBU.. please.. orang taknak lah kahwin dengan dia!”pujuk Qyla Qairyna kepada Ibunya Pn.Salmi yang duduk di birai katilnya.Tidak di sangka, umurnya yang baru mencecah 21tahun ni tidak lama lagi menjadi seorang isteri kepada anak teman Ibunya Pn.Fatty iaitu Muhd Shahril Hanafi itu. Ohh! Sungguh damn rasanya. Bukan dia tak kenal dengan mamat tu.. sudahlah dianggap “buaya barat ber’class”, Ibu pulak nak jodohkan dia dengan mamat tu. Simpang malaikat 44lahh kan nak bersuamikan dia!
  “no way, Sayang.. Ibu sudah bersetuju dengan pelawaan teman Ibu untuk satukan kalian nanti. Niatnya untuk mengeratkan lagi perhubungan kami berdua yang sudah mencecah 12tahun. Qyla pun masih single. Sama jugak dengan Aril tu. Budaknya baik tau, kacak pulak tu.. memang berke...”belum habis Pn.Salmi berbicara, cepat-cepat Qyla turun dari katilnya dan terus keluar dari kamarnya yang dirasakan semakin panas! Tidak rela telinganya mendengar kata-kata seterusnya dari Ibu yang tidak tahu ape-ape mengenai ‘Shahril Hanafi’ tu. Tak sangka mamat tu geti hipokrit jugak! Huh! Benci-Benci!
   “Qyla! Ibu belum habis cakap lagi kan? Nak pergi mana tu.. hurm.. bertuah punya anak!”ujar Pn.Salmi dengan nada tinggi.
  “malas ar nak dengar Ibu punya cakap. Qyla nak keluar kejap! Nak ambil angin,”jawab Qyla dari tingkat bawah.

Qyla duduk menghadap pantai yang sungguh luas dirasakannya.. tenang sekejap perasaan nya yang berapi-api dari tadi. Adekah patut Ibunya hendak menyatukan mereka berdua. Memang tak sebulu lah nanti! Tiba-tiba ingatannya jadi teringat akan sesuatu.
   “ayak! Beg dompet aku tertinggal lah pulak.. Huh! Sabar ajelah.. udah lah dahaga ni.. hmm..”ucap Qyla sendirian.
  “Assalamualaikum..”terdengar suara memberi salam. Qyla cepat-cepat mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah gerangan suara garau tapi sedap didengar itu.
  “waalaikumsalam.”jawabnya perlahan.
  “Maaflah menganggu cik....”kata-katanya tergantung disitu.
 “em.. call me Qyla aje.”cepat-cepat Qyla membalas.
Lelaki itu hanya tersenyum mendengar. ‘wah! Kacak lah pulak. Ni yang boleh mengigau malam hari ni..huhuhu..’
   “sedap nama. Tapi Sayang.. tak boleh dimakan..emm..cik Qyla buat ape kat sini, khusyuk saya tengok Cik Qyla pandang laut tu, macam nak menyeberang je.”ujar lelaki yang tidak bernama itu kepada Qyla yang tersipu-sipu malu.
   “emm.. takdelah.. saje ambil angin kat sini, lagipun ni tempat favourite saya. Kalau free, saya akan datang sini melihat keindahan yang Allah swt ciptakan untuk kita semua.”jawab Qyla berbahasa.
   “yes. Dan ini jugak lah sebab saya selalu datang sini, selain melihat keindahan alam ni, tapi jugak melihat keindahan yang allah ciptakan pada seorang wanita secantik cik Qyla..”
Shahrul Nizam menatap wajah putih bersih tanpa secalit make-up tu yang dirasakan cukup asli bagi seorang wanita. Walaupun tanpa secalit make-up di wajah, tapi gadis di sebelahnya ini mempunyai personalitinya tersendiri. Itulah sebab terpentingnya datang ke Pantai Port Dikson ini. Seharian bekerja, tidak memenatkannya jika dia dapat melihat gadis ini disitu. Penat yang dirasakan semakin hilang bila gadis ini ada setiap petang duduk di atas pasir pantai, menghadap laut yang terbentang luas.
   “emm.. ada-ada ajelah awak ni. Anyway, saya dah kena pulang ni. Nak dekat senja kan? Mungkin next time kita borak-borak lagi..”ujar Qyla sebelum berdiri untuk meminta diri dari situ. Dia datang pun nak cari ketenangan, dan alhamdulilah.. dia sudah jumpa itu!
   “emm. Okey! Hope kita akan jumpa lagi, cik Qyla..”
   “opss! Sebelum terlupa, i’m Shahrul Nizam. Cik Qyla boleh panggil saya Ijam aje.”ujar Shahrul lagi.
   “ohh! Nice name. Ijam.. i need to go now! See u later.. bye.. assalamualaikum.”ucap Qyla sambil menghadiahkan seukir senyuman paling manis buat lelaki itu yang dirasakan cukup mesra orangnya.
   “okey. Waalaikumsalam..”jawab Shahrul pendek. ‘hope kita dapat jumpa nanti Qyla..’







BAB 2
“IJAM.. lambat balik? dari mana aje?”soal Mamanya ketika Shahrul baru sahaja memasuki rumah. Shahrul hanya tersenyum membalasnya.
  “senyum-senyum.. ini mesti ada ape-ape secret ni. Now! Story dengan mama nak..?”ujar Pn.Fatty sambil tersenyum. Shahrul Nizam adalah anak pertamanya, dan Shahril Hanafi anak keduanya. Mereka berdua cuma dua beradik sahaja. Cuma yang memeningkannya, anak-anaknya tidak sebulu! Masing-masing ada cara mereka tersendiri.
  “ye ma.. hari nie, kerja banyaklah ma kat ofis. Mama masak ape?laparlahhh..”jawab Shahrul tanpa menjawab soalan cepumas dari Mama tersayang.
   “Bertuah punya budak! Mama punya soalan tak dijawabnya lagi, ni dah tukar topik lain pulak! Ini tidak ADIL!”seloroh Mamanya yang memang sikap paling Shahrul suka. Mamanya jenis “sporting mom” itu dia lebih akrab dengan Mamanya dari Papanya En.Badri, maklumlah seorang peguam terkemuka! Mana nak luangkan masa sejenak bersama anak-anak dan bini.
   “Hahaha.. ade-adelah Mama ni.. Aril mana? Tak nampak batang hidung dia pun?”soal Shahrul berbasa-basi.
Mamanya hanya mengeluh! Sudah penat memikirkan sikap anaknya sorang itu. Itulah agendanya bersama teman rapatnya Salmi untuk menyatukan anaknya itu dengan anak Salmi supaya sikap buruk Shahril Hanafi dapat diubahnya bila dia sudah mendirikan rumah tangga dan akan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami jugak.
  “macam biasa Ijam.. kau macam tak tahu perangai adik kau tu.. belum mama habis cakap pasal perkhawinan dia nanti, dia terus keluar macam tu aje. Sakit hati Ma..”ngadu Pn.Fatty kepada anak sulungnya itu.
   “hah?kahwin ma?dengan siapa.. bila?”soal Shahrul melepaskan ‘peluru soalan’.Pn.Fatty semakin bersemangat bila anak sulungnya itu menanyakan dirinya soal perkhawinan yang akan berlangsung nanti oleh anak keduanya itu.
   “a ah. Adik kamu akan kahwin nanti, dengan anak kawan mama. Alaa.. Auntie Salmi?takkan Ijam tak kenal, dulu sekali dia ada datang rumah kita.”ucap Pn.Fatty.
  “ohh! Ingat-ingat. Anak dia yang mana ma? Ijam tak tahu pulak adik sudah bersedia memegang status suami nanti..hahaha.. macam tak logik aje!”ujar Shahrul sambil tergelak kecil di sebelah mamanya.
Pn.Fatty lalu menarik telinga anaknya itu dengan geram. Orang cakap betul-betul dia buat lawak antarabangsa pulak! Bertuah dapat anak yang loyar buruk macam ni.
   “kamu ni Ijam. Mama kata betul-betul kamu main-main cakap mama. Karang dengan kamu-kamu mama khawinkan nanti, nak?”amik kau sebijik!
   “err.. tak tak.. masih jauh lagi lah ma.. umur masih muda, itu 4tahun nanti baru fikir! Okey ma?”seloroh Shahrul lagi.
Sekali lagi perit telinganya kena piyat dengan Mamanya itu. Berasap dirasakan telinga capangnya itu apabila tangan mamanya diangkat selepas itu.huh! main kasar mama’
  “banyaklah kamu punya muda! Umur macam kamu ni dah lanjut tau?cuba story dengan mama, kenapa susah sangat nak buka pintu hati tu untuk perempuan lain, asyik dikenang kisah silam dulu. Ijam.. hidup harus diteruskan, dengan kamu begini, kamu akan dihantui dengan kisah-kisah silam kamu sendiri.lagipun Myra sudah bahagia dengan suami dia. Sudahlah tu.. kamu kena tunjukkan pada dia yang kamu lagi bahagia! Bukan lagi menderita apabila ditinggalkan olehnya.mengerti kamu?”panjang mukadimah Pn.Fatty kepada anaknya itu. Terimbas kembali kisah-kisah percintaan anaknya dulu dengan teman sekuliahnya iaitu Ainan Amira, pada awalnya berjalan dengan lancar. Sampai nak dilangsungkan selepas itu, tapi tiba-tiba Ainan Amira mengambil keputusan drastik! Dia memutuskan pertunangan bersama anaknya itu kerana dirinya sudah terjatuh cinta dengan teman baiknya sendiri iaitu Kamal Razak, teman baik anaknya jugak. Rupa-rupanya, mereka berdua bercinta dalam diam selepas anaknya itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.Merana hidup anak sulungnya itu, tunangnya itu merangkap bakal isterinya bermain cinta dengan teman baiknya sendiri.Sekarang dikhabarkan, Ainan Amira sudah mendirikan rumah tangga bersama Kamal Razak selepas tali pertunangan diputuskan.
   “Ijam naik atas dululah ma.. nak mandi dan solat..”terus Shahrul mengangkat punggungnya dari situ, sebelum makin lebar lagi mamanya itu membuka buku lamanya yang sangat perit untuk dikenang kembali.
   “mama tau kau masih sayangkan dia..”ujar Pn.Fatty perlahan. ‘perasaan Sayang itu sudah terkubur dua tahun lepas ma.. lagipun sekarang pintu hatinya sudah sikit terbuka untuk seseorang yang berjaya membukanya, tapi masih di peringkat awal! Qyla..’








BAB 3
“Hoi minah! Kau fikir kau boleh rampas Aril dari aku ke hah?tolong sikit.. kalau ada gaya takpelah, ni style kekampungan kut! Haha!”tegur seseorang dengan tiba-tiba pada Qyla yang khusyuk bersembang dengan temannya Aneem, Fizz dan Yaya.
   “maaf ye. Anda siapa nak marah-marah saya tiba-tiba ni? Cuba cakap tu berhemah sikit, jangan nak menyerbu macam tak cukup tenaga nak disimpan nanti.relakss okey..”ujar Qyla masih di dalam mood coolnya itu. Walaupun sedikit kaget, tapi dia masih waras lagi nak melenting dengan tiba-tiba. Dia masih punya maruah.
   “tak payah nak sok baiklah kau. Aku peringatkan kau sekali lagi, jangan cuba nak rampas hak aku okey! Kau belum kenal lagilahh.. this is Mellisa lahh.. anak datuk Borhan! Bapak aku yang punya Kolej ni. Kalau kau berani-berani cabar aku, siap kau aku kerjakan!”ujar Mellisa kasar dan agak melenting.
Terpisat-pisat dibuatnya Qyla dan teman-temannya dengan kata-kata berani mati dari anak pemilik Kolej mereka itu.
  “Aril is my mine. Bukan gadis kekampungan macam kau! Dan kau jangan haraplah Aril nak beristerikan kau lah pompuan. Kalau dia nak, baik dia pilih pompuan yang tak nerd macam kau, contohnya ada di depan kau..hahaha..”Mellisa sudah menjadi-jadi gilanya. Dia bagaikan terkena rasukkan sampai tidak segan silu di hadapan pelajar-pelajar yang memandangnya ketika ini.
   “awak ni dah salah faham kut. Bila masa saya nak rampas hak awak? Kenal pun tidak dengan Aril awak tu.. ape ntah lagi nak jadi isteri dia.. awak ni merapu ape?”jawab Qyla dengan berani. Dia fikir dia tu anak datuk ke pemilik kolej ni punya anak ke, aku kena tunduk dan takut dengan gertakkannya.. tolong sikit..
   “kau jangan buat-buat bodoh pulak! Macam aku tak tahu..”belum habis Mellisa sempurnakan ayatnya yang terakhir, seseorang menariknya dari belakang.
  “Aril..”jawab mellisa lembut.
  “sudahlah tu Mellisa.. dia tak tahu apa-apa. Yang U nak marah dia tu kenapa? I belum habis cakap, U dah serang dia.. jom kita pergi dari sini, malulah orang tengok perangai U yang gila ni!”ujar Aril dengan tegas.Makin menjadi-jadi pulak perangai Mellisa.. jatuh jugak maruah dirinya nanti dengan sikap dan kata-kata Mellisa.
   “U!! Nak bela pompuan kampong ni pasal? Dah ada hati pulak dengan dia..”soal Mellisa.
Naik geli telinga Qyla mendengarnya. Tidak faham dirinya dengan sikap wanita zaman sekarang, yang sanggup berkorban dan mengadaikan maruahnya sendiri demi lelaki yang dicintainya. Dunia akhir zaman..
  “jomlahh! Kalau U nak berbahas lagi, I chaw dulu.. I malulahh ada awek macam U. Now! Kita putus Mellisa, I dah lama sabar dengan karenah U yang terlebih gedik ni.”ucap Aril sebelum berlalu pergi dari situ. Kesabarannya sudah sampai ke kemuncak! Sampai sini sahaja lah percintaannya dengan anak datuk Borhan ni. Mana ada lelaki tahan dengan perangai terlebih ‘overload’ yang ada pada Mellisa, selama ni dia bertahan disebabkan Mellisa sanggup memberikan kemewahan kepadanya. Selagi dia punya asset termahalnya ini, dia dapat menarik sorang-sorang gadis di dalam perangkap rahsianya.
   “Aril! U tak boleh buat I macam ni.. Aril!!”jerit Mellisa lantang, bagaikan satu kolej ini dapat mendengar suara lantangnya itu.
  “U siap nanti. Taulah I nak kerjakan U, disebabkan U, Aril putus dengan I..”Ujar Mellisa sebelum mengejar Aril yang sudah keluar dari KOLEJ itu.
   “gila! Macam orang meroyan aje aku tengok Qy..”ujar Aneem dengan mimik wajah tidak puas hatinya itu.Disokong oleh teman-teman yang lain.
  “biarlah Aneem.. orang macam tu toksah dilayan, aku dah lali dengan tohmahan perempuan macam dia. Lantak dia nak nick name nama aku jadi ‘minah kampung’ ke ape. Aku tak kisah! Asalkan jangan dia berani mengacau bilaukan family aku, itu baru aku settlekan.”balas Qyla sinis.
   “yelah Qy.. tapikan? Betul ke apa yang pompuan gedik tu cakap, kau dan Aril akan berkahwin??”soal Fizz pula.
Qyla hanya tersenyum hambar. Adekah dia patut menjelaskan kedudukan sebenar pada teman-teman baiknya itu.huh! serabut balik kepalanya..
   “kalau betul..?”ucap Qyla sebelum meninggalkan mereka semua dengan terpinga-pinga.
  “hah?!biar betikk??”jawab mereka sekali sama.
  “Qylaa!!! Tunggu lahh!”jerit teman-temannya itu dibelakang.








BAB 4
“Assalamualaikum..jauh termenung..”soal Sharul sambil tidak segan silu duduk di sebelah Qyla di atas pasir pantai itu.
   “waalaikumsalam. Ehh?Ijam ada kat sini jugak?..”soal Qyla kaget dengan kehadiran lelaki berkumis nipis itu di Pantai Port Dikson ini.
   “yes. Dah lupa ke? Ini jugak tempat favourite Ijam tau. Qyla aje tak tahu..huhu..anyway?jauh termenung, fikirkan ape?pakwe ye..”ujar Shahrul mesra.
Qyla hanya tersenyum lalu mengemaskan rambut nya yang dibuai oleh angin laut yang sepoi-sepoi bahasa itu.Shahrul khusyuk melihat Qyla mengemaskan rambutnya yang mengurai dan kehitaman itu tanpa menyedari keterlajurannya.
  “err.. maaf..”cepat-cepat Shahrul memohon maaf diatas keterlajurannya memandang gadis itu dengan khusyuk sekali. Dia tahu soal-soal agama yang dianutnya ini. Seorang yang beragama islam, kena selalu ada ilmu agama di dada. Lagipun sikapnya tadi itu tidak manis apabila dipandang orang, terutama di tempat public macam ini.
  “kenapa nak minta maaf? Awak ade buat salah kew?”soal Qyla.
   “emm.. sebab.. err.. awak tak jawab lagi soalan cepumas saya? Kenapa awak suke termenung aje bila sampai sini. Nak tahu boleh?”ujar Shahrul dengan muke tidak tahu malunya.
   “emm. Saje suke suke.. awak pulak?”
  “saje suke suke jugak!”jawab Shahrul sambil mengenyitkan matanya.
   :meniru aje kerja erk? Mesti dalam exam dulu, suke meniru. Tu sikap masih sama sampai besar!hahaha..”ujar Qyla sambil tersenyum.
   “ehh! Mana awak tahu ni? awak ade sekali ke masa saya tengah syok ‘buat kerja’tu..huhuhu.. ke awak pun 2x5 jugak?”gelak Qyla dibuatnya. Sah! Kepada dah terputus wayar jugak.
   “memandai aje. Kenal pun tidak masa dulu.. boleh pulak nak samakan saya dengan awak..eeeiii..tak malu.”seloroh Qyla.Terhambur ketawa Shahrul dibuatnya. Sah! Wayar dah tercabut dari dalam kepala jugak!
   “saya memang tak malu pun? Awak tak tahu ke?”soal Shahrul mesra.
   “a ah tak tahu pun! Sebab tak kenal awak pun lagi..”jawab Qyla berani.
   “eh? Bukan sekarang awak dah kenal saya ke?hahaha..”balas Shahrul tidak mahu mengalah!
 “yeke? Baru aje kenal.. nama awak siapa erk? Lupa pulak.”soal Qyla buat-buat tidak tahu ape-ape tentang lelaki itu.
Shahrul sudah semakin dekat. Saje dia nak uji setakat mana keegoan gadis itu. Ingatkan pemalu lah sangat, tapi sebenarnya.. kuat bercakap jugak!
   “takkan dah lupe nama saya wahai si cantik manis.. ke awak banyak makan semut..”makin giat Shahrul mengusik Qyla yang sudah malu-malu itu.
  “mana adelah! Serius dah lupe. Tak percaya ke?”Qyla cuba bertentang mata dengan lelaki yang sudah membuatkannya berdebar-debar dengan lajunya.Qyla cuba menatap wajah lelaki itu.. matanya..hidungnya..dan bibirnya..semua cukup sempurna! Bagaikan dia berhadapan dengan seorang bidadara dari kayangan. Wahai hati.. adekah sudah timbul bibit-bibit perasaan dengan lelaki ini?
   “tak. Sebab saya tahu awak masih ingat dengan nama saya.kan cik Qyla Qairyna..”ucap Shahrul dengan mesranya.aik? dia ingat nama penuh aku? Biar betik?’
   “ye.. saya ingat nama awak kini dan selamanya.. insyaallah..”jawab Shahrul bagaikan dapat membaca kata-katanya yang lerluncut di dalam hati.Lelaki ini terlalu istimewa orangnya.
Dihati Shahrul bagaikan digeletek. Takkan dia tidak sedari yang tag nama yang tersarung di lehernya itu memberikan Shahrul jawapan. Akhirnya dia sudah tahu kini nama penuh gadis manis itu. Takkan dia lupa sebaris nama Qyla Qairyna Bt Mohd Shahriman.
   “Dan saya jugak akan ingat nama awak Shahrul Nizam Mohd Badri.”ucap Qyla pulak setelah dia mencuri-curi baca nama lelaki itu di tag name kerjanya itu.Ohh! Engineer rupanya. Not bad lelaki ni..’
Mereka berdua menghabiskan waktu yang tersisa sebelum masing-masing bertukar nombor telefon supaya perkenalan ini tidak terputus disitu aje.
   “nanti saya akan call awak Qyla..”ujar Shahrul dengan nada kuat. Sebelum Qyla memasuki perut keretanya itu.Qyla tersenyum dan mengangguk.Kereta Honda Civic nya itu meninggalkan pantai Port Dikson yang telah terukir sebuah moment yang manis yang akan dikenangnya nanti. ‘Shahrul Nizam.. kau telah mengacau bilaukan hati aku..’







BAB 5
“Aril? Betul ke Aril dah bersedia dan bersetuju ni?ke Mama salah dengar?”Kedengaran perbincangan dua beranak itu di ruang tamu. Shahrul senyap-senyap mencuri dengar perbualan Mamanya itu dengan adik tunggal lelakinya itu.
   “yes Ma. Aril sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kepada dia.Lagipun Aril sudah kenal dia.. dan Aril tengok dia gadis yang baik dan sesuai menjadi isteri Aril nanti.”ucap Aril dengan suara yang lembut tidak seperti sebelum ini yang agak kasar bila berbicara dengan Mamanya atau Abangnya itu.Tapi dengan Papanya, dia tidak sekasar itu pulak. Kerana dengan Papanya, dia dapat segalanya.. dia rapat dengan Papanya lagi yang memegang status Peguam Terkemuka itu.
   “alhamdulilah.. suka mama dengarnya, nanti mama akan jemput Auntie Salmi dan bakal isteri kamu itu ke sini. Biar kamu boleh mengenalinya dengan lebih dekat.”ujar Pn.Fatty dengan gembira. Akhirnya doanya termakbul. Pintu hati anak bongsunya itu sudah terbuka.Moga-moga sikap buruknya itu akan pergi dari hidup anaknya itu.
Shahrul masih mencuri dengar di pintu. Sebelum dia sudah bersedia menemui adiknya itu dan mengucapkan ‘tahniah’kerana tidak lama lagi adik tunggalnya itu akan menjadi seorang suami pada umurnya mencecah 23tahun.Dia dan adiknya jauh 3tahun sahaja.Dalam umurnya 26tahun ini, dia masih membujang, tetapi adik lelakinya itu sudah berura-ura hendak mendirikan rumah tangga. Nampaknya adiknya itu sudah langkah bendul!
   “assalamualaikum.. Tahniah adik! Akhirnya kau sudah bersedia memegang tanggungjawab itu”ucap Shahrul di muka pintu lalu berjalan mendekati adiknya dan Mamanya yang terpancar wajah kegembiraan.
   “waalaikumsalam..terima kasih abang! Alhamdulilah akhirnya..tapi nampaknya adik akan langkah bendul lah,huhuhu..”ujar Aril sambil mengenyitkan mata kirinya.
   “Hahaha! Yes! Tapi jangan berlagak lah.. tak lama lagi kalau tiada ape halangan, abang akan menyusul pulak.”ujar Shahrul bermain tarik tarik tali dengan mereka berdua.
   “hah?biar jambu?siapakah itu?”soal Aril ingin tahu.Masakan abangnya sudah temui seorang wanita yang telah berjaya membuka pintu hati abangnya.Kalau itu terjadi,nampaknya abangnya itu sudah redha dengan ape yang terjadi dalam hidupnya dulu.Dan sebagai adik, dia akan sentiase mendoakan kebahagian abangnya, walaupun sebelum ini dia dan abangnya tidak sebulu.Dia pun tidak tahu kenapa, hatinya sudah kian berubah sejak berhadapan dengan bakal isterinya itu ketika mencuba meleraikan pertelingkahan bekas kekasihnya itu Mellisa dengan bakal isterinya.Terasa ade satu perasaan dalam dirinya yang tidak dapat ditafsirkan sehingga hari ini.kenapa?

“Betul ke Ijam?Mama akan dapat menantu lagi sorang?”soal Mamanya dengan perasaan bercampur baur dihati.Terasa ingin menitis air mata kegembiraannya masa itu juga.Tetapi cepat-cepat dihapuskannya dahulu.Sebelum dia mendengar jawapan yang pasti dari mulut anak sulungnya itu.
   “insyaallah Ma.. lagipun baru peringkat pertama lagi, lama lagi kut. Ijam baru mulai mesra dengannya sejak berapa hari ini. Alhamdulilah dapat respon yang baik dari dirinya..”ujar Shahrul terseyum lebar.
   “wah!untunglah bang.. adik dapat makan nasi minyak abang nanti!cayalahh bro!”seloroh Aril sambil menumbuk mesra lengan abangnya itu.
   “ehh! Bukan abang yang dulu makan nasi minyak kau ke?Hahaha..siapalah gerangan bakal isteri kau kan?mesti takdapat standing dengan bakal awek abang tu..”usik Shahrul.
Pn.Fatty hanya tersenyum mendengar usikan demi usikkan anak-anaknya itu.Alahmdulilah mereka berdua sudah berbaik-baik.Terima kasih Ya Allah!
  “tolong sikit.. bakal isteri orang lagi lawalahh.. kan Mama kan?”soal Aril kepada Mamanya.
   “yes. Lawa sangat.. ayu,manis dan sopan santun lagi.. nama dia Qyla Qairyna..”ucap Pn.Fatty dengan bangga.
   “Hah?Qyla Qairyna??”soal Shahrul dengan wajah yang berkerut seribu.Jangan lah sama dengan Qyla dia.. Ya Allah! Apakah semua ini Ya Allah?!
   “yes. Qyla Qairyna Bt Mohd Shariman..”sambung Aril dengan mesra.
Kenapa semua ni boleh jadi begini?Bakal isteri adiknya itu adalah bakal kekasihnya nanti..hancur luluh perasaan Shahrul ketika itu. Tidak sangka begini jadinya.. dua kali dia berhadapan dengan kekecewaan! Ini tidak ADIL! Buat dirinya..
  “Ijam kamu kenapa nak?”tegur mamanya dengan raut wajah yang penuh tanda tanya.
Tadi bukan main elok aje, siap bergelak ketawa lagi. Sekarang muka mengalahkan adik beradik asam pulak?masam kelat.
   “err.. takde pape Ma.. Mama, adik? Ijam naik dulu ye.. nak mandi dan solat magrib. Nanti kita borak lagi,”selepas berbicara begitu kepada Mama dan adiknya, Shahrul terus berlari naik ke atas sebelum air mata jantannya menuruni pipinya. Ya Allah! Tabahkanlahh hati hambamu ini..
  



BAB 6
“Saya setuju Auntie untuk meneruskan pernikahan saya dengan anak Auntie itu..”Aril berkata dengan perasaan berbaur dihati. Perasaan takut dan gementar untuk melangkah ke alam perkhawinan dengan seseorang yang tidak pernah dikenalinya dengan lebih terperinci dan tidak pernah dicintainya. Cuma baru sekarang ada rasa yang tidak terucap di bibirnya bila berhadapan dengan ‘bakal isteri’nya itu.
   “Alhamdulilah.. Auntie senang mendengarnya bila Aril sudah setuju. Fatt bila nak dilangsungkan nya tu?”soal Pn.Salmi kepada teman karibnya itu. Pn.Fatty hanya tersenyum dan memandang anaknya itu yang tenang di sebelahnya.
   “em, ingat hendak dibuat secepatnya Sal. Lagipun dua pihak sudah setuju. Apa pendapat kamu?”ujar Pn.Fatty.
   “kalau sudah di pihak kamu setuju hendak disegerakan, apa lagi di pihak kami.. lagi tidak sabar nak menyatukan anak-anak kita ini. Betul tak Fatt?”ujar Pn.Salmi dengan senyum melebar di bibir. Akhirnya hajatnya untuk menyatukan anak tunggalnya itu dengan anak kedua dari Fatty, tercapai.. walaupun dia lagi berkenan dengan anak sulung Fatty lagi. Cuma bila ditanya, Fatty hanya kata anak sulungnya itu belum bersedia lagi. Tidak apa-apa lah, anak keduanya pun boleh tahan kacak lagi. Cuma bezanya berkulit putih cerah dan abangnya itu berkulit sawo matang, lebih nampak ketimuran sikit.
  “Alhamdulilah.. akhirnya apa yang dihajati, dapat ditunaikan. Sebelum aku terlupa Sal, mana anak gadis kau tu? Tak nampak dari tadi..”soal Fatty kepada Salmi. Salmi tidak berkata apa. Dia masih geram dengan sikap ego anaknya itu. Diajak kahwin tidak mahu, diajak jumpa dengan bakal mertua pun tidak diendahkan kata-katanya. Ntah apa yang di nak kan oleh anaknya itu, dia tidak tahu. Akhirnya, dia tinggalkan anak gadisnya itu bersendirian di kamarnya. Sudah penat bertekak dengan Qyla Qairyna tu, sebijik macam Abahnya seorang yang degil dan tidak mahu diajak berbincang.
   “ada di dalam kamarnya tu. Kata tadi dia segan nak berjumpa.. kejap ye aku panggilkan.”bohong Salmi kepada temannya itu. Kalau dikatakan anak gadisnya itu sebenarnya tidak bersetuju dengan pernikahan ini, malu dan bersalah sangat dia pada Fatty yang dikenalinya sejak di Universiti dulu. Dan hajat mereka berdua tidak akan kesampaian nanti. Tapi, bila di fikirkan balik. anaknya itu pasti berubah bila sudah berumah tangga nanti. Itu satu-satunya doa yang sering diucapkan selepas sahaja menunaikan solat fardhunya sebagai seorang muslim. Ya Allah! Kau bukakanlah pintu hati anak tunggalku satu-satunya itu.. untuk bersedia mengalas tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kelak.’doanya.
   “eh, tidak usahlah Sal. Sudah dia segan, jangan kamu paksakan. Nanti ada masa kami akan datang ke sini lagi. Tolong kamu sampaikan salamku dengan Aril kepada dia ye. Ajaklah dia singah ke rumah kami nanti.”ujar Pn.Fatty dengan sikap terbukanya itu.
  “insyaallah. Nanti akanku sampaikan kepadanya. Aril, Auntie minta tolong kamu tolong tengok-tengokkan Qyla tu di kolej ye.. kut-kut dia buat perangai tak elok ke? Auntie risau sebenarnya dengan Qyla tu.. suka benar pulang lambat. Itu Auntie harap kamu boleh tolong Auntie jaga dia. Terutama dia tu bakal isteri kamu.”ujar Salmi ketika Fatty sudah pun masuk ke dalam kereta Honda CIVIC nya itu.
   “Insyaallah. Aril akan tengok-tengokkan nanti. Auntie jangan risau ya? Okeylah Aril balik dulu ya Auntie. Terima kasih sebab dah jemput Aril datang rumah Auntie ni. kirim salam pada Qyla ya. Anyway, ni nombor telefon Aril, tolong beri pada Qyla. Senang-senang nanti contact lah.”ujar Aril lalu memberikan kad telefonnya itu yang tercatit nombor telefonn miliknya kepada Pn.Salmi.
   “yaya. Nanti Auntie berikan pada Qyla. Bawak kereta tu elok-elok. Kirim salam juga pada abang kamu tu, Ijam.”
   “okey. Auntie minta diri dulu.. Assalamualaikum.”ucap Aril lalu menyalami sopan bakal mak mentuanya. Kereta Honda Civic miliknya meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat milik Auntie Salmi itu.
   “Ibu dia dah pergi ke?”kedengaran suara Qyla yang sudah tercegat di muka pintu dengan wajah yang bersahaja.
   “kamu ni Qyla! Tidak geti bersopan langsung dengan tetamu Ibu. Buat malu saja kamu tahu ya. Kamu nak apa hah?! Orang suruh kahwin tidak mahu, suruh berjumpa dengan mereka tidak mahu. Hmm.. tak tahulah ibu nak cakap dengan kamu ni Qyla Qairyna..”ujar Salmi kepada anaknya itu dengan suara lantang.
    “ape ni ibu? Tiba-tiba nak naik angin pulak! Orang tak suke, ibu paksa-paksa jugak orang kahwin. Untuk pengetahuan ibu.. Aril tu dah ada kekasih bu. Anak pemilik kolej Qyla tu. Hari tu dia dah sound Qyla supaya tidak ganggu ‘balak’nya itu. So? Qyla memang tak mahu ganggu dia tu.”jawab Qyla dengan nada tegas.
   “kamu ni Qyla!! Memandai ye buat cerita. Ibu tahu kamu saja je buat-buat cerita sebegini untuk tarik simpati ibu. Untuk pengetahuan kamu ya?ibu dah setuju untuk melangsungkan kalian berdua dengan segera.”ujar Salmi sebelum meninggalkan anaknya itu yang sudah berkerut seribu.
   “Ibu!! Orang taknak lah!!”jerit Qyla.





BAB 7
“Qyla , aku balik dulu ye.. daaaa..”ujar Aneem dan yang lain-lain. Qyla hanya tersenyum lalu mengangguk. Tiba-tiba..
   “Hai Qyla!”tegur Aril.
Qyla memandang dengan kerutan yang seribu. ‘apehal mamat ni?tibatiba sok baik dengan aku pulak.’getus Qyla.
   “hai. Buat ape kat sini?”soal Qyla hendak tak hendak sahaja.
   “Aril nak balik lah.. tak sangka terserempak Qyla dekat sini. Qyla nak balik dah?”tanya Aril lalu membetulkan topi keledar nya yang terase senget di atas kepalanya. Qyla hanya mengangguk lalu berura-ura hendak pergi dari situ.
   “Qyla! Jum Aril hantarkan Qyla balik. lagipun Aril memang lalu area rumah Qyla..”pinta Aril. Harap-harap sang gadis setuju. Itu memang alasannya sahaja, padahal ada lagi niat lain dia dengan Qyla.
Qyla memandang Aril dengan wajah berkerut seribu lagaknya! Dia ni kenapa? Tiba-tiba nak hantar aku balik bagai, sebelum ni takde pulak. Aihh!! Makin pening buatnya..
    “emm. Toksahlah, saya boleh naik bas, dari awak nak sangat menghantar orang balik, baik awak hantarkan awek awak yang ‘kerek’ tu balik. tu nampak tu kat sana..”tunjuk Qyla kea rah seorang gadis yang sedang berdiri kaku memandang mereka dengan pandangan yang berbara lagaknya!
   Mellisa memandang ke arah dua sejoli itu dengan pandangan tajam! Selamba dia je nak dekat dengan boyfriend aku tu.. siap kau!
   “Hai Aril.. U dah nak balik ke? Kenapa tak tunggu I..”ucap Mellisa dengan nada gedik. Qyla disebelah hanya memandang ke tempat lain. Naik juling matanya menyaksikan drama sebabak yang ‘ntah hape hape’ aje.. nak berdrama pi lah jauh-jauh. Ni dekat Kolej pun nak berdrama! Ayak! Memang over load punye minah.
   “yelah, nak balik takkan nak duduk sini sampai beruban janggut I! U buat ape masih tak balik-balik ni?driver mana?”soal Aril dengan nada dingin. Matanya menyorot wajah Mellisa dengan jemu. Kacau daun betullah minah senget ni’bidas Aril dihati.
   “ape U ni? macam tak suke aje I datang kat U?tapi.. perempuan kampong ni nak aje U dekat, dengan I langsung taknak! Kenapa Aril..?”ujar Mellisa memancing simpati. Aril membuat muka toya sahaja. Dia terus melarikan wajah ke wajah Qyla yang sedang melilau mencari bas yang akan lalu nanti.
   “Qyla.. jum I hantar U balik?”soal Aril lembut. Tanpa menghiraukan wajah Mellisa yang sudah jadi macam ‘itik pulang petang’.
  Qyla hanya memandang Aril seketika. Sebelum dia mengangguk tanpa banyak fikir! Hendak tak hendak dia terpaksa merelakan sahaja benda ini, kalau dia masih dengan ego nya, takut dia yang akan susah nanti mencari bas yang tak kujung tiba. Walaupun wajah Mellisa sudah naik masam memandang dia, dia buat tidak tahu sahaja. Lantak kau lah pompuan! Asal aku dapat balik rumah cepat’
     “Aril!! I macam mana?”rayu Mellisa.
   “Kol lah U punya driver suruh ambil. I nak balik dah ni, bye!”jawab Aril lalu menghidupkan enjin motosikal nya itu dan berlalu meninggalkan Mellisa dengan wajah yang mencuka!
   “tunggu lah kau Aril.. sekarang kau dah pandai berlagak dengan aku ye?.. kau tunggu nanti aku buat ape dengan kau..hahaha..!”ucap Mellisa dengan ketawa bagaikan puntianak mengilai.

Sesampai sahaja dirumah, Qyla terus masuk ke dalam tanpa memandang atau berterima kasih pada Aril. Lantaklah! Aku sudah tidak tahan dah ni menahan kantuk yang memberat. Sorry lah Aril! Kau rugi ajak aku balik dengan kau! Hahahaha.. padan muka.
   “bertuah punya pompuan?bukan nak bersay thanks dengan aku. Pandang aku pun tak! Aiii.. ape punya bakal isteri lah nanti kan?sabar ajelah..”rungut Aril sorang-sorang.
   “Qyla?siapa tu?”soal Ibu ingin tahu. Nampak macam Aril aje. Betul ke erk?
  “Aril bu..”jawab Qyla.
   “kenapa tak ajak masuk??bertuah punya anak!”
   “dia kata dia nak cepat sebab dia nak cirit birit, tu Qyla suruh dia balik aje.”jawab Qyla bohong. Alasan sahaja kut. Hehehe...
   “hah?cirit birit?kesian dia.. masih lagi alami cirit birit tu kan?”ujar Ibu dengan blur.
Ibu..ibu.. kesian.. kena tipu dengan anak sendiri.. huhuhu.. jahat jahat..





No comments:

Post a Comment