Friday 18 January 2013

hello sayang!

                                                           Assalamualaikum :)) 


Novel kedua Hello! Sayang :)) 


ADUH! Buta ke ?”
   “So..Sorry.. sakit ke?”
What The Fish?! Boleh pulak dia kata ‘sakit ke?’ Dia tak nampak ke yang aku memang tahap sakit terlalu sangat ni? Siapakahh mamat yang pakai ray-ban hitam ni. ‘boleh tahan..’
   “takdelah. Tak sakit pun. Rase macam semut – semut je.”jawabnya ala ala menyidir.
Farhan Arif tersenyum nipis. Sedar dirinya terkena ubat penyidir beracun oleh gadis manis di depannya itu. Nampak jer manis tapi penuh beracun.
    “apesal awak pandang-pandang saya ni? jangan kata nak pasang ideal jahat kat saya! Kalau nak kena silat gayung versi modern saya ni.”
Farhana Asyla berura-ura untuk membuka langkahnya. Sebaik dirinya sudah terpasang dengan ilmu persilatan Gayung sejak dia kecil lagi. Itu pun apabila kena paksa oleh papanya menyuruh dia belajar silat, bila besar senang.
   “ehh! Maaf ya non..?”
    “Farhana.”balasnya pendek. Cukuplah takpayah nak detail bagitahu namanya dekat mamat ntah dari mana datangnya,maybe planet Matoki? Huh! Ape pasal malang harinya hari ini.
   “yes. Cik Farhana. Saya Farhan. Call me Han aje. Awak ni kerja dekat sini ke?”soal Farhan ramah. Terhias lesung pipit di kedua – dua belah pipinya. Tampak lebih cute kononnya.
 Farhana hanya tersenyum, tapi nampak lebih plastic dari original. Tanpa menunggu lebih banyak perkataan yang keluar dari mulut sang laki. Farhana terus mengambil tas tangannya yang terjatuh di atas tar lalu berura-ura untuk pergi dari situ.
   “Cik Farhana! Tunggulah dulu.”Farhan berlari anak pada susuk tubuh Farhana yang sudah laju ke depan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling yang memandangnya dengan pelbagai reaksi muka ditonjolkan.
   “apehal?”soal Farhana keras.
Farhan berhenti betul – betul dihadapan Farhana dengan tercungap – cungap akibat kepenatan mengejar gadis itu tadi. ‘boleh tahan minah ni ? mesti selalu memang marathon masa dulu-dulu’
   “kenapa Cik Farhana nak cepat aje. Saya belum habis cakap lagi.. Sebenarnya..”belum habis Farhan berkata tiba-tiba dipotong oleh Farhana.
   “Sebenarnya ape?”soalnya.
Farhana sudah sampai ke tahap tension G.I.L.A Tapi mamat di depannya ini macam tidak tahu atau tidak ke nampak yang dirinya sudah ke tahap situ. Mahu rasanya hampuk dengan tas tangan yang berada dengannya ini.
   “hurm.. sebenarnya saya nak berkenalan dengan Cik Farhana. Itu pun kalau Cik Farhana sudi.”huh! lancar juga ape yang ingin diperkatakan tadi. ‘berdebar-debar rasenya’
   “what?! Awak ni dah kenapa? Sudahlah saya nak kena cepat ni. ade hal sikit.”selepas berkata begitu pada Farhan. Farhana terus masuk di dalam kereta Myvi biru miliknya dan terus memecut laju tanpa sempat Farhan menghalang.
   “awak.. comel sangat bila marah.”bisiknya perlahan. Lalu memandang kereta Myvi milik Farhana bergerak laju dari tempatnya berdiri.




















BAB 2

“Gila! Punya jantan! Sebaik muke kau lawa, kalau tidak...”
 “Kalau tidak kenapa?”soal Abg Firhan dengan tiba-tiba.
Farhana kaget! Lalu cepat-cepat dia menyalami abangnya itu sambil menghadiahkan kucupan di pipi Abangnya yang berwajah ala ala Kim Hyun Joong itu. Itu ramai kata muka abang Firhan nya sebijik macam pelakon dan penyanyi daripada Korea itu.
   “ehh Abang Firhan bila sampai sini? Tak bagitahu Hana pun!”ujarnya manje lalu duduk di sebelah abang kesayangannya itu. Antara tiga orang abangnya, Abang Firhan adalah abang kesayangannya daripada Abang Firdaus dan Abang Firdan nya. Tapi memang kesemuanya sangat dia akrab. Cuma Abang Firhannya tetap teratas dari yang lain.
   “eleh. Tak bagitahu Hana pun! pirahhh! Cuba tengok handphone tu berapa banyak mesej dan miscall daripada abang? Jenuh tunggu dia berangkat atau pun balas mesej kita. Tapi tetap juga tak berbalas.”ujar Firhan bernada tounching kepada adik perempuan kesayangannya satu-satunya dalam dunia ni.
   “hah? Kejap Hana cuba check. Takkan lah?”lalu dia mencari handphone Corby II di dalam tas tangannya dengan kerutan terpamer di wajah. ‘jangan-jangan..?’
    “jumpa tak? Takkan handphone pun hilang jugak!”sindir Firhan.
Farhana terus menekan butang inlock lalu terpamer 12x miscall dan 3x pesanan ringkas yang dikirimkan oleh abang Firhannya kepadanya. ‘huh! Ni mesti disebabkan rase geramnya dengan mamat tadi, sampai abg Firhan call pun tak dengar’
      “err.. Sorry bang! Tak dengar lah. Tadi Hana bawak kereta, maybe tu tak dengar.huhuhu..”ujarnya memujuk sambil melingkarkan tangannya di leher Abang Firhannya tanda memujuk.
Firhan menjeling manje adik perempuannya itu. Walaupun hatinya masih sebel tapi beransur pulih disebabkan pujukan Farhana yang memang cair gila! Dari kecil sampai sekarang dia masih rindukan pujukan Farhana yang lembut dan berkesan itu. Ape ilmu adiknya guna tidak tahulah. Terus Firhan mencubit pipi gebu adiknya tanda geram!


         “Lailahhh! Anak mama berdua ni. Pantang jumpa mesti ade adegan sayang menyayang dekat sini. Naik juling bijik mata mama neguknya!”bebel Pn.Rohani sambil mencengkak pinggang.
Farhana dan Firhan saling berpandangan lalu masing-masing tersenyum selepas itu. Pn.Rohani sudah kenal sangat sikap anak-anaknya terutama dengan Farhana dan Firhan. Sampai dah besar panjang masih bermanja-manja antara satu sama lain. Mana tak cemburu dan iri hati abang-abang nya yang dua itu. Bila nak manje aje dengan Farhana, mesti takde change sebab Firhan yang dapatnya akhir sekali. Naik pening memikirkan sikap mereka berdua dah macam kembar pulak tengoknya!
    “hah? Senyum-senyum tu mesti nak kenakan Mama kan?”soal Pn.Rohani.
   “eh! Mana adelah.. ala mama ni kacau lah Firhan nak dating kejap dengan puteri mama yang cantik rupawan ni. Rindu tau! Dah dekat sebulan tak berkasih dengan dia.”jawab Firhan melawak.
   “a ah. Mama sebenarnya cemburu tengok kita bang.. sebab Papa kan Out-station. Hehe.”jawab Farhana pula. Selepas tu, masing-masing ketawa melihat wajah Mamanya yang sudah naik merah dikerjakan mereka berdua.
   “pandai aje kamu berdua. Sudah! Pergi mandi sana Farhana..Firhan. masing-masing balik terus duduk! Dengan berbau nya lagi, habis sofa Mama naik bau nanti.”bebelnya kepada anak-anaknya itu.
   “okey ma! Kami mandi dulu..”dua-dua menjawab bersama. ‘kembar memang macam tu’desis Pn.Rohani dihati.












“Assalamualaikum..”terdengar suara memberi salam diluar. Farhana terus membuka pintu lalu..
   “harghhhhhhh! Along..Angah.. dah balik!”jerit Farhana dengan perasaan gembira dihati. Terus dipeluknya abang-abangnya itu sambil menangis.
   “lah? Takkan menangis kut dik? Mehh sini nak lap kan. Hehe.”usik Angahnya lalu menyapu sisa-sisa air mata yang sudah turun di pipi gebu milik adiknya itu.
   “a ah dik. Takkan sampai menangis tengok Along dan Angah. Kalau nampak hantu kut-kut menangis jugak!”sindir Alongnya lalu ketawa selepas itu.
Farhana sudah mengetap bibir. Sesaat.. dua saat..
   “Abang Firhan!!!”jeritnya memanggil Abang kesayangannya itu. Secepat mungkin Firhan berlari keluar apabila terdengar jeritan adik kesayangannya itu.
  “kenapa dik? Siapa buat ?”soal Firhan tampak kerisauan. Farhana menjeling kearah Along dan Angahnya. Tenungan tajam gitu!
   “ehhh? Along dan Angah ade sekali. Bila sampai?”ujar Firhan lagi.
   “Baru aje Chik.. Achik ape khabar? Bila sampai?”soal Along mendahului bicara. Angah disebelah sudah ketawa melihat wajah adik perempuannya itu kemerah-merahan.
   “khabar baik. Yang Angah ni dah kenapa gelak sorang-sorang? Ni lagi satu kenapa adik Abang nangis ni?”soal Firhan pelik. Sorang buat muka toya, sorang ketawa dan sorang lagi berair bijik mata! Ape yang terjadi sebenarnya ni!!
    “hahahaha. Tengoklah adik tu, besar-besar nangis! Kitaorang sampai aje, dia terus peluk lepas tu nangis. Mana Angah tak ketawa.”ujarnya.
Mereka bertiga sudah pecah tawa! Farhana sudah siap sedia dengan ketam beracunnya itu.
    “harghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!”
Farhana terus berlari masuk. ‘rasekan panahan ketamku ini..huhuhu..’

Farhana menonton drama korea Secret Garden yang sangat popular di negara sana. Sambil menonton tangannya laju mengambil pop corn diribanya lalu disumbatkan di dalam mulut. Terasa damai sangat tanpa ‘gangguan – gangguan’ teknikal.
      “harghhhhhhhhh! Mak kau melayang!”terjerit Farhana dibuatnya. Terasa jatuh jatungnya sekejap apabila di’agah’ sebegitu kuat.


   “Mama! Tengoklah abang-abang ni kacau Hana! Hukhukhuk..”ngadu Farhana ketika terlihat Mamanya di dapur.
   “Along,Angah,Achik! Yang kacau adik kamu tu dah kenapa? Baung tebiat ke?”bebel Mamanya di dapur.
   “maaf Maa!”jawab mereka bertiga serentak.
Farhana sudah tersenyum sinis lalu menyambung tontonannya yang terganggu kejap tadi.
   “Adik tengok citer ape?”Firhan bertanya.
   “Adik asyik makan aje kerjanya.. nanti gemuk baru tau!”Angahnya pula.
  “Adik dah mandi ke belum ni? busuk je.”Alongnya.
Farhana terasa hidupnya sudah hilang arah. Terasa sangatttttttttttttt! Tension dengan karenah oleh Abang-abangnya itu.
    “boleh tolong tak?”tanyanya kepada Along,Angah dan Achiknya itu.
    “yup! Ape dia dik?”
Farhana sudah tersenyum menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.
    “tolong diam! Boleh tak? Adik nak tengok citer ni. pleaseeeee...”jawabnya.
    “okey boleh tapi tunggu tahun depan okey!”jawab Angahnya lalu merampas pop corn miliknya itu dengan wajah selamba.Yang lain hanya ketawa melihat wajah Farhana sudah kemerah-merahan bukan sebab nangis tapi sebab kena buli! Hahaha.
        “dah lah, takde mood nak layan korang ni. Baik tolong Mama lagi bagus. Abang Firhan pun same! Ikut sangat lah sikap Along dengan Angah tu.. malas kawan dengan Abg Firhan.”
Farhana terasa bagaikan hendak terkeluar air matanya sahaja. Dulu Abang Firhan selalu menjadi pembela nya, setiap kali dibuli oleh abang-abangnya yang lain. Tapi sekarang? Sudah pandai membulinya.. huh! Benci!
     “alaa.. janganlah macam tu dik. Abg gurau aje pun.”pujuk Firhan penuh lembut.
Firdaus dan Firdan hanya melihat adegan tarik menarik antara adiknya berdua itu tanpa bersuara. Tercuit jugak hati kecil mereka dengan sikap Firhan. Selalu mendapat kemanjaan daripada Farhana. Mereka selalu terasing. Padahal mereka juga abang – abang kandung Farhana.
    “tahu pun! okey.. Hana maafkan! Lain kali tiada maaf bagimu..”ujar Farhana sambil mengukir senyuman di bibir. Manis sangat.

    “yeah! Emm.. no kiss?”soal Firhan ala ala manja. Farhana ketawa ceria melihat raut wajah abang kesayangannya itu. Comel betul!
   “emm. Nak bagi ke tak ye??huhuhu..”Farhana ura-ura antara mahu atau pun tidak. Sebenarnya sahaja mahu melihat reaksi abangnya itu. Ingat dia seorang pandai kenakan dirinya. Farhana pun boleh la.
   Firhan sudah bangun sambil mendekatkan pipinya sedikit kearah muka adiknya itu. Kemesraan mereka dicemburui oleh Along dan Angah yang berada disitu.
   “Eh! Adik ade lipas lah kat atas rambut!!”jerit Firdan tiba-tiba. Farhana kaget! Terus dipeluknya Firdan sambil menangis ketakutan. Lipas adelah serangga yang ditakuti oleh Farhana sejak dulu lagi.
   “Angah..hukhuk.. takutt laa..”kedengaran sendu Farhana diatas dada bidang milik Firdan. Firhan sudah mengetap bibir. Firdaus pula hanya tersenyum nipis. Karenah mereka dilihat oleh Pn.Rohani dari jauh. ‘tak habis-habis berebut nak dapatkan kemanjaan oleh anak perempuannya itu..kesian Farhana..’
    
















BAB 3
“HAI! Awak Cik Farhana right?”sapa Farhan dengan nada mesra.
Farhana terpana! Tidak sangka mamat yang menyapanya kelmarin tahu kehadirannya disini.
Farhan meneliti raut wajah gadis itu. Dari atas hingga bawah. Tampak ayu jer mata ‘laki’ nya memandang. Farhana memakai baju kurung berwarna biru laut, rambutnya yang panjang disepitkan dengan penyepit bercorak bunga yang berwarna biru jugak. Tampak lebih sopan gayanya pagi itu.
         “erm.. ya. Awak Farhan kan? Buat ape dekat sini.”soal Farhana berbasa-basi. Termati lamunannya sekejap.
      “yes. Masih ingat rupanya nama saya..huhu.. em.. saje nak cuci mata. Cik Farhana pulak?”soalnya pula kepada gadis genit itu.
    “emm, saya kerja dekat sini. Saje buat part-time.”balasnya ringkas. Farhana memandang lelaki itu dari atas hingga bawah. Tercuit hatinya untuk mengomen penampilan lelaki itu pada hari ini. ‘rambut ala ala tercacak like david backhem. Berwajah ala ala pan-asian,hmm.. boleh tahan like Salman Khan. Bertubuh tinggi tegap, bajet seorang askar. Mesti orangnya sangat menjaga kekemasan diri. Tu bajunya semua tampak kemas like bergosok setiap hari..’komennya di dalam hati.
    “Cik Farhana kerja part-time disini sudah berapa lama?”
Farhana masih memandang wajah itu tanpa sedikit pun tersedar dengan pertanyaan daripada Farhan. Farhan pelik! ‘lah.. khayal ke minah ayu ni?’
    “Ehemmmm!!”
        “Hah? Awak kata ape tadi?”soalnya terpinga-pinga. Mati aku!
       “emm.. Cik Farhana okay tak ni? nampak K.O aje ni! nak saya bawak pergi klinik. Kut-kut tengah sakit ke.”ujar Farhan.
Eh! Mamat ni.. peril aku ke ape? Kang tak pasal-pasal ade yang masuk ICU dekat sini.
     “Haha. Saya okey aje. Mungkin awak jer kut yang patut pergi ‘klinik’. Yelah kut-kut ade penyakit rabun tahap ganban ke. Atau pun nak saya hantar kan awak ke kedai cermin mata. Buat spek rabun teruk!”ujar Farhana perli.
 Farhan terpana!

“Hoi! Termenung jauh nampak?”kata Dani melihat sikap teman baiknya muram sejak tadi. Nampak macam ade masalah besar jer!
   “huh! Kau ni. tak boleh bagi salam ke bro? Main terjah jer! Sebaik aku tak kena heart attack.”
Dani ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata yang terpancul daripada mulut Farhan.
   “heart attack? Kalau kau kena aku orang pertama yang angkut kau masuk dalam van Ambulans! Hahaha.”ujar Dani bernada lawak.
Farhan menjeling tajam kearah temannya itu. Eh! Mamat ni.. kang ade jugak tercekik cawan kat sini. Fikir lawak lah kunon’gumamnya.
    “Okay-okay tak lawak. Kau kenapa Han? Macam patah seribu aje aku tengok, ade masalah?”soal Dani mula serius. Farhan mengeluh sejenak. Lalu dia memesan secawan teh tarik buat dirinya dan Dani.
    “hurm.. ntahlah bro! Aku pun tak tau ape yang jadi dalam hidup aku sekarang. Tapi yang aku tau. Aku.. aku..”ujar Farhan terputus-putus. Dani sudah mengaru kepala yang tidak gatal pun.
    “Aku ape!?”tergah Dani.
    “Aku dah jatuh cinta! Huh!”Farhan melepaskan nafasnya. Air yang dipesannya tadi terus dihirup rakus. Bagi menghilangkan malu dan gementarnya.
    Dani sudah tersenyum lebar. Akhirnya! Alhamdulilah... Sudah lama dia mahu melihat teman baiknya itu mengungkapkan sendiri. Hari ini semuanya sudah terjawab! Farhan Arif Bin Dato Zakwan sudah jatuh cinta buat pertama kalinya. Mereka sudah berkawan sejak kecil, semua wanita yang ingin dekat secara serius atau pun sebagai kawan tetap tidak diendahkan oleh Farhan. Baginya dia tidak perlukan kawan selain Dani seorang. Sampaikan orang ingat mereka bardua kalangan Gay! Tapi Dani sekarang sudah bahagia. Baru setahun menyulam cinta dengan seorang pramugari bernama Intan Elisya.
    “Alhamdulilah. Sejuk aku mendengarnya. So? Siapakah wanita bertuah itu.”tanya Dani tidak sabar.
Farhan mengetap bibir. Nak cerita ke tak nak?
     “Dia.. Farhana. Kerja dekat kedai kek.”jawabnya ringkas. Sudah itu sahaja yang dia tahu mengenai gadis genit itu. Dani ternganga! Takkan itu sahaja?
    “lagi? Ape lagi yang kau tahu. Takkan tu jer!”



     “ye.. tu jer aku tahu mengenainya. Lagipun baru seminggu aku kenal dia.”jawab Farhan jujur. Dani terdiam. Kepalanya sudah terasa gatal! Takkan waktu seminggu tu aje yang diketahui oleh bakal kekasih nya. Impossible!
    “kau ni kenapa Han? Pergi lah cuba tackle dia sekali lagi. Cuba dekatinya.. takkan dalam tempoh seminggu kau cuma tau nama dan tempat kerjanya. Itu tak menjamin ape-ape lah Han oi! Kau dapat nombor handphone dia?”
    “Tak. Jumpa pun berapa kali jer. Dia tu susah lah Dani. Layan aku macam nak tak nak jer!”ujarnya lagi. Dani bagaikan ingin mencari ideal. Farhan menghirup air teh tariknya sehingga hampir habis secawan.
   “Hah! Aku ade ideal.”jerit Dani. Farhan terpinga-pinga. ‘amende lah Dani ni..’

















BAB 4

FARHANA leka menonton televisyen. Hari ni ade drama kesukaan dia iaitu Pangako SayO di Astro Bella. Sedang leka menonton, kedengaran suara memanggilnya.
   “Adikkkkkk! Bukak pintu kejap.”jerit Firhan dari luar. Farhana bangun untuk membukanya.
   “ye nak ape abang Firhan sayang?”kata Farhana berbasa basi. Takde kerja lain lah abang aku sorang ni. kacau daun je tahu!
    “kacau ke? Huhu.. abang nak ajak adik keluar dating jup! Boleh tak?”soal Firhan memujuk. Huh! Saje jer buat muka comel di hadapan Farhana.
   “keluar date?! Hah! Malas lah. Hana nak tengok drama lah kejap. Pergilah ajak awek abang yang lain.”jawabnya lalu berura-ura untuk menutup pintu balik.
Firhan terpinga! Tak boleh jadi ni. hana mesti kena ikut!!
    “alaa.. jom lah. Mama dah izinkan. Janji! hana tak perlu keluar duit sesen pun. abang belanja okey! Please darling..”pujuknya lebih lembut lagi.
Farhana sudah mengetap bibir. Nak tak nak abang kesayangannya di depan ni. kalau dia takde rindu pulak! Pergi aje lah..
    “okey. Hana siap dulu.”ujarnya setuju. Firhan melompat girang! Akhirnya berjaya jugak dipujuk adik kesayangannya itu.
    “okey dik. Thanks sayang! Pukul 2 turun bawah tau.”








 Farhana meneliti wajahnya di cermin besar. Tampak simple aje penampilannya. Huh! Ni semua Abang Firhan punya hal la.. sudah lah kena paksa ikut. Ntah nak dibawanya kemana, dia pun tak tau.
     “hai adik! Sudah siap?”tanya Firhan tersenyum. Farhana hanya tersenyum nipis. Ntah kenapa hari ni dia rasa tiada mood nak keluar dengan Abang Firhan nya. Sebelum ni dia orang yang paling gembira bila diajak keluar oleh abangnya. Mungkin terganggu nak tengok drama kesukaan dia kut!
    “kita nak pergi mana bang?”soal Farhana ingin tahu. Firhan tersenyum lebar. Menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Comel!
    “ermm.. adelah. Rahsia! Jom lah kita pergi nanti lewat pulak balik.”ujar Firhan.
Mereka berdua menurun tangga sambil tangan Farhana melingkar di lengan Firhan. Tidak ubah bagaikan pasangan love couple aje.
    “wah! wah! pergi dating tak ajak. Kau nak bawak adik kitaorang pergi mana?”soal Along sambil diperhatikan oleh Mama dan Angahnya.
   “adelah. Sibuk lah Along ni.”jawab Firhan lalu tersenyum manis memandang Farhana disisinya.
    “ehh kau! Hana ni adik aku tau. Hana nak pergi mana dengan Achik?”soal Angah pula.
Farhana mengeleng kepala tanda tidak tahu.
    Firhan sudah garu kepala! Empat pasang mata sudah pandang dia lain macam aje. Huh! Kacau daun betul abang-abang aku ni.
   “aku nak bawak dia pergi keluar. Salah ke keluar dengan adik aku sendiri?”soalnya.
    “sudahlah! Tak habis-habis bertekak. Achik jaga Hana baik-baik tau. Jangan balik lewat! Dengar tak Hana.?”soal Mama pula. Firhan mengangguk tanda faham.
    “baik ma. Kami pergi dahulu ya. Bye Along..Angah, sayang sikit!”ujar Farhana lalu menyalami mamanya selepas itu mengucup pipi Along dan Angahnya dengan mesra.
    “Achik! Jaga adik! Siap kau kalau adik diapa-apakan.”ugut Angah.
   “baik komander!”

No comments:

Post a Comment