Friday 18 January 2013

                                                   Assalamualaikum :)) say cheers!



Orite guys! how are you ? fine ? actually .. hari ni my entry semua pasal HASIL NUKILAN HUZNA SHAH :)  ape tuu? ehhh ! my novel la .. buatan sendiri not cilok '2 tau :)) okey huzna akan senaraikan semua novel huzna , yg separuh je huzna buat . like intro je lah . Cinta Qairyna , Hello Sayang dan Baik-baik Sayang , nanty lepas bace yg ni boleh Older Post belakang2. manemane suke bole inform pade huzna okey! start with :- 


 *  Cinta Qairyna .. 


Bab 1

“RIRI.. kau pehal melangok dekat sini! Teringat dekat apek jual aiskrim tu ke?”sindir Nelly sambil menyiku temannya itu. Riri membuntangkan matanya! Mulutt ade jugak nak telan selipar sepuluh ringgitku ni.desis Riri.
   “Kau ni ape hal. Datang-datang serbu aku tak tentu pasal ni. kanga de jugak tercekik selipar aku yang ‘lawa’ dekat sini.”bidas Riri. Bukan main gelaknya si Nelly dekat situ. Macam tak cukup oksigen pulak!
   “Double What? Selipar kau yang lawa ni.. ohhh no! Setakat selipar murah harga 10 ringgit ni, lawa lagi selipar apek jual aiskrim tuu. Riri..riri..”balas Nelly sambil menyambung tawanya. Ape yang kelakar pun tak tau lar.
    “oii! Minahh! Mulut kau memang nak kene salotip agaknya! Walaupun selipar aku ni harga 10 ringgit je. Tapi berkualiti tau daripada selipar jepun apek kesayangan kau tu! Setahun agaknya tak basuh.”
Sekali lagi tawa Nelly meletus. Naik poning dibuatnya Riri melihat temannya itu. Siap nak terguling-guling atas tanah lapang tu.. masak betul! Biarlah asal kau bahagia Nelly Izzaty oii..


“ASSALAMUALAIKUM.. Tak jawab dosa!”soal Izzul di hadapan pintu rumahnya.
   Kelihatan emaknya Pn.Rogayah membuka pintu sambil menjawab salam anak bongsunya itu. Disalami tangan tua emaknya penuh kesopanan.
   “cuti ke Iz? Tiba-tiba balik je ni. bagitahu taknya..”soal emaknya sambil melihat tingkah anaknya itu dari atas hingga bawah. Izzul tersenyum lalu membuka rayban dan menyangkutnya di pangkal tengah bajunya itu.
  “yup! Iz cuti seminggu lebih. Saje jer Iz tak bagitahu emak.. buat surprises katakan. Hehehe..”
 Emak tersenyum. “meh nak masuk dalam. Rezeki kamu agaknya hari ni, emak masak gulai tempoyak ikan tenggiri dengan sambal belacan dan daun pegaga.”ujar Pn.Rogayah saje menaikkan nafsu makan anaknya.
    “wow! Sedap tuu.. ni yang tambahkan kilo Iz ni.. dari nak slim terus boroi! Hahaha..”ujar Izzul bernada lawak. Emaknya hanya tersenyum melihat tingkah anak bujangnya yang hendak masuk ke alam 30an itu. Umur sudah lanjut untuk mendirikan rumah tangga tapi sampai sekarang tiada yang berkenan dihati anaknya itu untuk dijadikan sebagai suri hidupnya. Kempunan dirinya untuk menimang cucu. Sudah lah umur hampir memamah usia! Cemburu melihat teman-temannya sibuk melayan karenah cucu tapi dia? Masih termenung bilalah anak bujang satu-satunya itu ingin menamatkan zaman bujangnya.
   Izzul terus mengambil nasi lalu dicedokkan masak gulai tempoyak ikan tenggiri dengan sesudu sambal belacan diletakkan di dalam pinggannya. Tampak berselera nafsunya makan sampai tidak sedar kehadiran emaknya disitu. Pn.Rogayah mengambil tempat disisi anaknya itu sambil menuangkan air sirap limau kepada Izzul yang ralit dengan suapannya.
   “Iz.. emak nak tanya sedikit boleh?”soal Pn.Rogayah lembut moga-moga apa yang ingin disampaikan nanti tidak lah menguris hati anaknya itu.
   “ape dia mak? Serius nampaknya.”Satu lagi suapan akhir dimasukkan ke dalam mulutnya. Fuh! Kalau hari-hari makan sesedap ni, confirm perut aku bertambah boroi lepas tu budak ofis mulalah panggil aku dengan gelaran Mr.Roi’desis hati kecilnya.
   “kamu masih tiada makwe lagi ke Iz? Senang citer bakal menantu mak?”soal Emaknya melulu. Izzul hampir tersedak mendengar pertanyaan dari emak tercinta. Bakal menantu?
   “Belum lagi lah emaknya. Malas lah fikir pasal semua tu.. ade jodoh adelah nanti, buat ape nak pening-pening fikirkan. Lagipun Iz sibuk dengan kerja. Mana ade masa nak semua tu.”ujarnya. Moga-moga emak tercinta memahami kehidupannya yang sentiasa sibuk! Huh! Sebaik tak tercekik tulang ikan tenggiri ni. sedap aje aku mengunyah kena pulak dengan soalan panas!
  Sudah gitu kata anaknya. Bagaimana lagilah hajat tuanya hendak tercapai. Hmm.. sedih laa macam ni! huhuhu..
   Alamak aih! Dah nagis orang tua ni..’







Bab 2

“ASSALAMUALAIKUM.. Mak Yah! Riri datang ni..”
Terkedek-kedek orang tua tu membuka pintu yang dicat kan warna merah terang. Terpancul Riri disitu dengan berbaju kurung sambil ditangannya ada sebuah beg plastik ‘misteri’.
   “Waalaikumsalam. Ehh! Riri.. maaflah Mak Yah didapur tadi siapkan makanan. Meh jemput masuk dulu, boleh borak-borak kan?”soal Pn.Rogayah yang digelar Mak Yah.
   “ehh! Tak pelah Mak Yah oii.. Riri cuma nak hantarkan ni je. Umi kirimkan pada Mak Yah.. sedap tau!”ujar Riri ramah. Mak Yah mengambil beg plastik yang berisi kuih Seri Muka dan Kuih Talam yang dikirim oleh teman baiknya itu.
   Riri tertinjau-tinjau ke dalam rumah Mak Yah. Nampak ade sebuah kereta Honda Accord tapi tak nampak pun orang lain di dalam rumah selain Mak Yahnya.
   “Yang kamu tertinjau-tinjau tu dah kenapa Riri oii..?”soal Mak Yah pelik.
Riri tersenyum malu. “err.. takdelah Mak Yah oii.. nampak ade kereta tapi tak nampak pun empunya kereta besar ni selain Mak Yah seorang. Ntah-ntah Mak Yah punya kut! Wahh!”jerit Riri tiba-tiba. Itulah sikap Riri atau Qairyna Sahara nampak aje lembut tapi mulut susah nak ditutup!
   “makkk! Ape yang bising-bising ni. Kacau Iz nak tidur je lah!”terpancul Izzul dengan tidak memakai bajunya hanya memakai seluar pendek paras lutut. Terdiam terus Riri. Mak Yah tersenyum simpul. Kan dah keluar empunya kereta besar tu..
   “hah! Kamu Riri. Inilah anak Mak Yah yang selalu Mak Yah citerkan pada kamu tu. Dia lah yang punya kereta besar yang kamu katakan tadi. Nama dia Rafizul Syah.
   “ohh! Hai! Nama saya Riri..”ujar Riri perlahan. Hampir-hampir tak terkeluar suaranya. Malu punya pasal! Ceh!
   Izzul tersenyum sinis. Tadi bukan main kuat suara sampai terjaga tidur aku! Ni sampai nak bersuara pun tak boleh. Ape punya pompuan lah!
    “panggil Iz je.. mak Iz nak masuk dululah.. nak mandi.”ujar Izzul pada emaknya yang masih tersenyum simpul. Pelik!
    “Mak Yah! Riri balik dulu tau. Jumpa nanti!”



“HUARGH! Malunya aku..hukhukhuk..”raung Riri di dalam kamarnya! Siap keluar hingus lagi! Malu punya pasal maa..
   “ehh! Dik? Kau dah kenapa menangis macam ni? frust ke ape?”soal Abang Firhan nya di muka pintu. Riri buat endah lalu menyambung raungnya!
   “Dikkk!! Kenapa kau ni. janganlah buat suspens abang macam ni.. sebaik Umi keluar dengan Abi kalau tidak.. mampus lah kau kena hamun. Anak dara meraung macam orang gilo!”ujar Firhan geram. Sudahlah terganggu bacaannya disebabkan tangisan adik perempuannya itu. Fikirkan jembalang mana lah tadi meraung! Kus semangat..
 
RIRI nampak Abang Firhan dan Abang Farhan nya sedang berbual di ruang tamu rumahnya. Dia terus berlalu ke dapur untuk minum segelas air. Harap perasaan malunya kian berlalu jua.
    “Dik! Nak kemana tu? Meh lah sini kejap..”soal Farhan apabila kelibat adiknya hendak masuk kamar balik. Riri tercengang! Mampus aku!
   “malas lah. Nak siapkan homework lah! Nanti-nantilah ya.”
   “no! Kalau adik tetap tak nak datang kemari.. kami dua angkat adik nanti!”ugut Firhan pula. Sekali lagi Riri tercengang! Nak tak nak pergi jelah..
   “hai Abang-abangku! Hehehe.. nak ape panggil Riri ni?”soal Riri lagak sahaja.
Firhan dan Farhan sudah memandang antara satu sama lain. Dengan muka diseriuskan lalu menyuruh adiknya itu duduk berhadapan dengan mereka berdua.
   “Kenapa adik nangis tadi? Siapa buat adik kesayangan abang nangis ni?”soal Firhan memulakan pertanyaan berupa panas!
   “mana ada. Takde sapa pun buat. Saje nak testing suara..hehehe..”ujarnya.
   “Bohong! Baik mengaku sebelum abang main kekerasan! Siapa yang buat adik nangis!?”soal Farhan pula dengan suara garangnya.
   Riri hampir hendak keluar air matanya. Sampai hati Abang-abangnya mengugut dia macam ni. tak kan nak bagitahu kut? Malu lah nanti..
   “Farhan..Firhan.. kenapa kamu marah adik ni?”soal Abi tiba-tiba. Riri tersenyum lebar! Akhirnya penyelamatnya datang jua. Huh!


Bab 3

“MAK berkenan sangat dengan si Riri tu. Orang nya lawa, tak sombong.. baik..”ujar Pn.Rogayah semasa mereka anak beranak berehat di bawah pohon mangga muda sambil minum petang. Izzul tercenggang!
   “kenapa pulak emak tiba-tiba citer pasal dia dekat Izzul? Takdo kene mengena pun.”jawabnya. sedap lah pulak mangga ni! cicah dengan kuah kicap..wah!..
   “Saje. Kut-kut boleh buat menantu emak ke? Tak gitu..”
Pn.Rogayah terus berlalu naik ke dalam rumah meninggalkan persoalan di benak anak bujangnya itu. Ntah-ntah emak nak aku kahwin dengan si Riri tu kut? Mampus!
   “Emakkk!!”





No comments:

Post a Comment