Tuesday 13 August 2013

Kerana Dia.

ASSALAMUALAIKUM :) 

Semalam rumah aku dikunjungi oleh sanak saudara dan kengkawan adik aku. Mak buat kuah lontong, Nasi impit dan kari daging. Sedap ! Memang seharian kepenatan laaa. Aku pun lepas dah merayau2 naik motor wif adik kecik aku si baby. Aku pun balik. Tengok kengkawan adik aku masih ado, Aku wat do no terus masuk rumah. Sekali, mak aku panggil! suruh aku tolong dia ape yang patut. Muke mak pun dah kelam kabut, mana nak buat lontong n karidaging lagi.. kesian punya pasal. aku pun tolong laaa. Basuh pinggan yang dah bertimbun di dalam singki. :3 

        Nak dekat senja adik pompuan mak aku yang aku panggil *Achik* pun datang wif family's dia. Aku pun sambut laaa mereka sekeluarga dengan senyuman . Aku rapat dgn anak2 dia. Damia dan Najmi. Mereka pun selesa dengan aku seharian. Aku layan bagai minyak yang penuh. Diaorang sibuk kata 

Najmi : Kak Nana!! nak main lukis2?
Aku : Okey! nak lukis? jap akak amik pen dan kertas.
Najmi : Nak colour jugek!! 
Aku : okey akak amik. Mia dan Abang Mie amik kertas kat bawah meja.
diaorang : Okey!! :D 

Aku memang suke bebudak. Memang diri aku yang mudah mesra dengan budak. Umur bukan halangannya. Selagi diaorang budak aku akan jadi seorang kakak yang sangat lembut! :')

Sekali, malam tu aku pun teman diaorang melukis lepas dah bawak diaorang pusing2 naik motor. Sekali kitaorang sibuk main tulis2 name kat kertas. Abang Mie mule bersuara.

Najmi : Name kite Muhd Amirul Najmi. 
Aku : erk? bukan Muhd Najmi ke??
Najmi : taklah !  Muhammad Amirul Najmi laaa..
Aku : biar betul abang mie? 
Najmi : (senyum) takdelah! muhd Najmi je.
Aku : !@#$%^&* -,- 

Bukan main hati aku bergetar hebat! sebab ape? kauorang rase sebab ape! -,-

Aku anti benar bila orang sebut2 name *A* ! Aku akan cepat mengalirkan air mata. Gila dan dasyat kan kuasa A tu. Sekali adik sepupu aku kata camtu. Mane aku tak terasa giler. Kut memain pun nape laaa Najmi perlu mention name A tu. Even dia bebudak mana tau kenapa A tu aku boleh terasa. Aku tau banyak orang gune name A tu.. Tapi, bila aku bukak FB dan TWITTER orang dok mention atau keluar kat *homepage* tu name dia memang aku akan cepat jadi orang mamai. Selepas tu kepala aku berpusing ligat teringat setiap detik bersamanya. Dari awal kitaorang kenal, hingga saat dia pergi tinggalkan aku. Aku takleh lupa! -.- 

Ape korang buat dan rase bila lelaki yang korang gile2 cinta tetiba tinggalkan korang tanpa sepatah kata perpisahan. Tak ke jadi sewel mase tu ! macam orang meroyan -.- Padahal korang takde krisis gaduh o anyelse la. Dia lelaki yang sampai sekarang masih bertamu di kalbu aku. Even aku tak penah kesah, tapi sebenarnya aku jadi cepat terasa bila orang mention name dia. Sukar nak delete semua memories mengenai dia. Sudah buat pelbagai cara! tinggal tak pergi jumpe bomoh ke -,- Aku masih ade iman. Iman aku masih kuat dalam pegangan agama yang mak apak aku beri sejak kecil. Biarlah mase dan takdir memadamkan memories aku dengan dia. Biarlah waktu yang akan menghentikan setiap denyut nadi cinta aku padanya. Aku tak kuat menahannya berhenti. Sebab ianya makin laju berdenyut. Lelaki tu dah banyak mengajar dan mengubah aku tentang sesuatu yang aku jahil! sesuatu yang dulunya aku tak amik port. He's everything to my life. :') Cinta aku takkan penah berganjak dari mencintainya. Sebab sampai bebila, hati aku masih inginkan dia. Tapi! ingin di dalam hati saje. Bukan secara fizikalnya aku ingin miliki. Biarlah dia dengan lifenya. Aku takkan ambil peduli. Kadang kala , aku merasakan aku begitu bodoh mencintainya lagi. Kenapa ada cinta kalau orang yg aku cinta tidak ambil peduli pasal aku. Tidak menanya khabar aku. Dia lenyap di dalam muka bumi begitu saja. Sakit ! :'( hanya aku dan tuhan merasakan. Setiap kali terdengar atau terlihat sepotong name itu membuatkan air mata aku begitu senang jatuh. Aku dah penat menunggu! biarlah.. Aku ingin bina masa depanku sendiri. Aku malas memikirkan tentang dia dan cinta. I'm Give Up ! -,- Surrender mencari ketulusan cinta. 


















p/s : Percaya atau tidak. Hati nih masih menyayangi dan menginginkan awak kembali. :'( biarlah Allah yang menentukan . 

No comments:

Post a Comment